Petang tadi, dapat satu soalan daripada Jeff tentang bagaimana nak dapatkan duit daripada internet. Daripada pemahanan seorang Adam Roeslani, Internet cumalah sebagai medium untuk mendapatkan wang dan dengan kata lain Internet boleh memberikan wang melalui usaha yang kita lakukan di Internet.
Usaha mencari wang di Internet sudah menjadi satu kegilaan pada masa kini — banyak buku-buku yang dijual untuk memulakan perniagaan Internet atau menjana pendapatan daripada Internet ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Setelah menjalankan kajian di Google, sebenarnya banyak cara untuk membuat duit di Internet tetapi lebih banyak menumpukan satu kaedah untuk membuat wang. Menggunakan keyword “cara buat duit di internet” telah membawa anda 224,000 keputusan carian di Internet. Jadi, di sini saya simpulkan beberapa cara untuk membuat di Internet hasil daripada carian saya.
Bangunkan Monetize Blog
Istilah monetize ialah menjadikan blog anda sebagai sebuah blog yang boleh menjana duit daripadanya. Cara untuk menjana wang daripada blog ialah dengan meletakkan iklan. Contohnya pengiklanan Google AdSense amat popular di kalangan blogger selain daripada Nuffnang dan Advertlets di Malaysia.
Mempunyai sebuah blog yang boleh menjana USD1 sehari contohnya akan berupaya memberikan anda USD30 untuk sebulan dan begitulah seterusnya. Bagaimana jika anda mempunyai 3 blog berasingan yang menjana USD3 sehari? Sudah tentu pendapatan bulanan anda akan lebih tinggi. Ini adalah pesanan daripada guru saya.
Selain blog, laman web perkhidmatan seperti laman carian, forum atau komuniti sudah pasti merupakan idea yang menarik. Lebih menarik kandungan laman web anda, sudah pasti trafik akan terus masuk dan meningkatkan jumlah pendapatan anda.
Bangunkan Kedai Online
Sekiranya anda telahpun mempunyai perniagaan yang kukuh di Perlis, kenapa tidak anda meluaskan perniagaan anda ke seluruh Malaysia atau dunia? Dengan cara kedai dalam talian, anda boleh melipatgandakan jumlah keuntungan anda.
Sesungguhnya Internet adalah sesuatu yang umum, jadi dengan adanya sebuah kedai dalam talian yang memasarkan produk anda seperti Sos Cili Cap Kapal Terbang — jualkan produk anda secara dalam talian. Contohnya En Sazali berkunjung ke rumah sahabatnya di Perlis dan mereka dijamu keropok lekor dan dicecah Sos Cili Cap Kapal Terbang dan terlihat alamat laman web di botol sos, sudah tentu En Sazali sudah mendapat idea untuk membeli Sos Cili Cap Kapal Terbang tersebut.
Apa motifnya? En Sazali akan beli secara online di negeri asalnya secara tidak langsung telah memberi promosi percuma kepada rakan-rakan yang berkunjung ke rumahnya yang menjamah Sos Cili Cap Kapal Terbang tersebut. Bagaimana pula sekiranya rakan En Sazali daripada Jerman datang dan dijamu juga dengan sos tersebut? Suatu imaginasi yang tinggi di sini..
Sertai Program Affiliate
Walaupun hanya mendapat sedikit percent daripada hasil jualan sesuatu produk, tapi siapa yang nak berikan duit tersebut secara percuma? Sistem affiliate dimulakan dengan pendaftaran percuma dan kita hanya perlu membuat promosi sesuatu produk. Jika ada orang membeli melalui promosi kita, kita akan mendapat percentnya. Tiada kerja berat di sini untuk hasil yang sedikit. Mahu hasil besar, lipatgandakan usaha mempromosi, Insya-Allah akan ada ganjaran yang lebih besar :)
Buat Produk dan Jualkan
Setelah penat menjana duit dengan menjual produk orang lain melalui sistem affiliate, apa kata buat satu produk untuk dijual kepada orang. Jika sebelum ini kita mendapat percent yang paling kecil, kini kita yang mendapat percent paling banyak. Rata-rata produk yang dijual di Internet adalah e-book yang mengajar anda bagaimana untuk menajana duit di Internet, bagaimana untuk membangunkan blog, bagaimana untuk cepat kaya dan sebagainya.
Semua buku ini mengajar anda untuk menggunakan teknik yang betul yang telah dipraktikkan oleh penulis sehingga mereka berjaya mendapat beribu-ribu ringgit daripada kaedah yang mereka praktikkan. Mereka membuktikan pendapatan mereka dengan screenshoot akun bank dan sebagainya, saya tetap jeles tapi belum terdetik untuk membelinya. Mungkin suatu hari nanti. Sekiranya anda seorang juruteknik motorsikal, adakah menjadi suatu kelebihan untuk anda menjual e-book bagaimana untuk membaiki motorsikal :) Sudah pasti akan ada pembeli sekiranya mendapat promosi yang sebaiknya. Pastikan ada strategi dan matlamat yang tetap di sini untuk terus menaja wang di Internet.
Jual hosting juga satu cara menjana pendapatan tahunan, kerana kini ahli politik juga ingin berblog dan pasti perlukan domain name dan hosting, kan?
Kerja Freelance Online
Oh, ini adalah sumber pendapatan saya yang tertinggi. Daripada menjalankan kerja freelance, saya mampu memperoleh sedikit wang saku untuk saya membeli apa yang saya mahu. Kepada sesiapa yang mempunyai kemahiran untuk membangun laman web, membuat design laman web, coding laman web dan sebagainya, ini adalah peluang anda menjana pendapatan.
Banyak laman web yang menyediakan khidmat pencarian freelancer untuk kerja-kerja kontrak seperti copywriting, membangun laman web, design grafik dan sebagainya. Setelah kerja selesai anda akan dibayar untuk kerja anda.
Lain-lain Cara
Semua perkara di atas adalah cara yang popular yang diusahakan oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia termasuk saya. Walaupun begitu, ada banyak cara untuk anda praktikkan seperti menyertai kuiz dan pertandingan online yang sudah tentu sama seperti cara konvesional yang menyediakan hadiah kepada pemenang.
Bagi pengguna MySpace atau social networking website yang lain, gunakan senarai rakan yang ada untuk menjana pendapatan kerana saya pernah terbaca dalam satu forum yang menyatakan — “senarai rakan = wang”. Jadi, bagaimana untuk menukarkan senarai rakan kepada wang? Mungkin rakan-rakan anda yang 0.5 juta itu boleh menjadi pembeli kepada produk anda dan sebagainya.
Kepada gamers yang bermain MMORPG, main sehabis baik — dapatkan item yang terbaik dan jualkannya. Anda akan dapat duit. Saya masih ingat ketika tingkatan 3 seorang rakan saya, Aash telah menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli item Ragnarok daripada pemain lain. Sungguh mudah untuk dapat ribuan ringgit dengan hanya bermain game disamping berseronok dan bersantai kan?
Menjual artikel atau gambar juga boleh menjana pendapatan daripada Internet. Kini sudah banyak laman web yang membayar sekiranya ada penulis membuat Advertorial kepada mereka. Hantar e-mail spam juga boleh berikan anda duit melalui internet. Beli senarai e-mail, cari pelanggan dan mulakan servis “e-mail marketing” anda!
Kesimpulan
Memang banyak jutawan yang dilahirkan melalui internet seperti Irfan Khairi, Gobala Krishnan dan nama-nama besar lain. Masing-masing mempunyai cara sendiri untuk terus maju di Internet. Insya-Allah saya akan terus serius untuk mempelajari Rahsia Internet melalui buku-buku yang dijual agar pengetahuan saya mengenai peluang di Internet ini akan lebih luas. Bukan sekadar “buat tau sendiri”, tapi kita perlukan satu guru untuk mengajar cara yang betul agar mendapat sesuatu yang lebih produktif. Hm, siapa mahu belanja saya beli Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar oleh Irfan Khairi?
Other articles you might like;
saya tertarik dengan tajuk anda inie…dan cube untuk mempraktikkannya…
Blog yang penuh informasi..:-) thanks for sharing
Banyak info-info menarik tentang income ke poket kita. Mungkin ini diantara strategi yang bagus untuk dipraktikkan. Terima ksaih buat saudara Adam yg sudi berkongsi maklumat.