Sedikit Entri selepas raya tahun 1429 Hijrah. Raya ini dirasakan seperti sesuatu yang berbeza dengan raya lepas. Mungkin kerana faktor umur yang sudah mengakhiri belasan tahun. Mungkin.
Raya pertama Adam pada tahun ini dihabiskan bersama keluarga di kampung. Pada awal pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri, Adam dan keluarga ke Padang Siding untuk menziarah Tok dan sepupu di sana. Juga, selepas itu Adam ke rumah Pak Long Li kerana Mak Long menyediakan mi kari untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Pada tengah harinya Adam ke rumah Tok Wan di Behor Mempelam. Ramai yang ada di sana. Keluarga Pak Njang Nasir pun beraya di sini. Pada sebelah petangnya, empat buah keluarga Mak Teh bertandang ke rumah dan kesempatan itu diambil untuk bertanya khabar kerana hampir tidak kenal ‘orang jauh’ mungkin kerana sebelum ini Adam mengamalkan sikap tidak endah sahaja. Tapi sekarang Adam perlu kenal mereka, bukannya orang lain. Ada pertalian darah antara kami.

RS Family di Hari Raya

