≡ Menu

Posting Pantas 02/09

Assalamualaikum WBT.

Posting pantas versi kedua untuk bulan September ini ditulis di PC kesayangan Adam di kampung halaman di Perlis. Adam selamat sampai ke Perlis tepat jam 6.30AM hari ini bersama Afiq, Hafiz dan Fakhrul dengan menaiki Proton Satria Mivec KAV2424 yang dipandu bergilir-gilir oleh Pilot dan co-Pilot, Afiq dan Hafiz. Alhamdulillah, balik jugak Adam ke Perlis untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk dicoretkan di sini — sekadar untuk menjadikan blog ini sentiasa terupdate. Anda juga tidak akan dapat membaca posting yang hebat seperti karya Shah Kang di blog beliau yang sentiasa diupdate dengan cerita-cerita baru yang menarik seperti Kisah Ali atau Abu yang mengajak kita untuk berfikir — watak mana yang lebih menyumbang kepada kemajuan ummah atau kisahnya duduk di tepi tingkap ketika menaiki kapal terbang dalam posting bertajuk Terbang juga Rancangan Cuti yang banyak dengan perancangan yang menarik. Kadangkala Adam terasa tercabar untuk membuat posting-posting yang menarik seperti Shah Kang tersebut. InsyaAllah, kalau ada masa dan idea, akan tercapai jua.

Hari ini banyak terfikir tentang assignment dan ‘perniagaan’ walaupun hampir separuh masa siang dihabiskan dengan tidur kerana hujan yang amat lebat melanda negeri Perlis pada sebelah petangnya. Rancangan untuk menukar tayar Majesty tidak dapat dilaksanakan akibat hujan. Pada lewat petangnya, Adam sempat ke Pasar Ramadhan Kangar bersama Fakhrul dan Hafiz untuk membeli juadah berbuka. Hari ini Adam berbuka dengan murtabak Kangar yang diidamkan sejak hari pertama berpuasa — dinamakan murtabak Kangar kerana murtabak jenis ini tidak akan dijumpai di mana-mana bandar-bandar lain dari segi bentuk fizikal, warna dan rasanya yang sedap dan tiada murtabak lain yang dapat menandinginya. Umi pula memasak Gulai Ayam Kampung sempena menyambut kepulangan Adam pada hari ini. Sedap. Maaf — tiada sample untuk diletakkan di sini.

Rancangan sempena cuti Hari Raya ini telah berkali-kali difikirkan.

  1. Menyiapkan report untuk Journalism, Public Relations dan Psychology dan Storyboard untuk Photo Communication.
  2. Hari Ahad Adam dijangka akan ke Pulau Pinang untuk membuat tinjauan harga laptop dan handphone. Sekadar membuat tinjaun dan belum membuat perkiraan untuk membeli dalam masa terdekat ini. Disamping saudara Fakhrul yang katanya ingin ke showroom Honda untuk melihat dengan lebih dekat kereta idamannya.
  3. Juga untuk membuka akaun semasa Reflector Studio di Maybank Kangar.
  4. Majlis berbuka puasa bersama Reflector Studio.
  5. Kunjung-mengujung rumah saudara dan sahabat handai di seluruh negeri Perlis.
  6. Membeli sprocket racing 38 gold dan rantai untuk RH5775.

Juga beberapa aktiviti lain yang difikirkan tidak perlu dinyatakan di sini secara terang-terangan. Ketika dalam keseronokan dalam memperoleh rezeki seperti yang ditulis dalam posting yang lepas, pengaruh ekonomi Amerika yang buruk telah menyusutkan ‘duit raya’ Adam untuk menyambut raya. Dalam perkiraan untuk membeli itu dan ini, semuanya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dek kejatuhan ekonomi mereka yang secara langsung menjejaskan perniagaan kami.

Rasanya tidak perlu buat entri untuk Hari Raya tahun ni — cukup sekadar ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • khalil September 27, 2008, 2:02 am

    wah balik dah.

  • shahkang September 27, 2008, 1:02 pm

    semua pakat balik dah

  • Wan September 29, 2008, 3:26 pm

    Adam!!!! Alang2 nak beli laptop, sambar jer Vaio satu.hahaha

Leave a Comment

Next post:

Previous post: