≡ Menu

Salam Aidilfitri 1429H

Assalamualaikum W.B.T.

Sebagai pembuka bicara Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada semua pengunjung Adam’s Playground, keluarga tercinta, rakan-rakan Reflector Family, rakan-rakan DMC3E, rakan-rakan Putra Rovers, rakan-rakan Lekiu 2-2, rakan-rakan blogging, rakan-rakan ham radio dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak.

Sepuluh jari disusun dengan kerendahan diri memohon ampun agar segala percakapan, perlakuan atau syak wasangka dimaafkan. Adam akan cuba perbaiki kelemahan diri agar dapat menjadi seorang anak, abang, pelajar, dan rakan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

Tahun ini, Adam tidak mendapat walau sekeping kiriman kad raya berbanding tahun lepas dimana Adam mendapat sekeping kad raya daripada seorang peminat. Mungkin tahun ini dia tidak lagi minat jadi tiada lagi kad raya pada tahun ini disamping orang ramai termasuk dia sudah beransur melupakan tradisi zaman-berzaman untuk mengirim kad raya sebelum menyambut ketibaan hari lebaran? Dalam banyak-banyak kiriman SMS raya, Adam amat tertarik dengan satu kiriman SMS raya yang dihantar kepada Adam daripada classmate Adam, Fadh namanya. Apa yang menarik, beliau mendedikasikan ucapan raya tersebut kepada pelajar DMC3E yang mana kesemua nama 22 pelajar telah dimasukkan. Sungguh kreatif :)

Azza bershopping banyak tahun ini,
Nur menyanyi sweet (ker) sekali,
Jaz punya baju raya banyak tahun ini,
Raya tahun ini best sekali.

She dan Padhi comel sekali,
Memang lagi tinggi dari anak buah Yus darjah 4,
Ima pun comel kalau baju raya pink tahun ini,
Makan ketupat jangan banyak sangat tahun ini.

Jibam bawak kereta laju sangat,
Kecik danDel tengah datang awek kat tepi pun tak nampak,
Loghat utara Adam pekat sangat,
Sembahyang raya jangan buat lupa pulak.

Zhaf lelaki cool kelas kami,
Dayah si puteri comel Lina si minah mungil,
Fatin hot sangat tiap-tiap hari,
Jangan lupa paper dah memanggil.

Kam comel Sha sexy dari seberang sana,
Icha rambut warna,
Achud bawak kereta putih tahun ni,
Mermaaflah kita bersama.

Nas dan Yaya cantik dan bergaya,
Liya otain Anis manis tak pernah dingin,
Weh, Selamat hari raya,
Maaf zahir dan batin!

Mulai raya ini juga Adam bertekad untuk lebih mengenali sanak saudara. Sebenarnya sejak belakangan ini ramai saudara dan sepupu Adam telah berkahwin namun Adam tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan ahli baru keluarga kami. Begitu juga dengan pertambahan bilangan anak buah Adam. Apabila tidak kenal antara satu sama lain, nanti nak bertegur pun susah. Alhamdulillah, terget itu berjaya dilaksanakan. Adam mula berkenalan semula dengan saudara-saudara Adam yang datang dari jauh; Shah Alam, Selayang, dan Temerloh.

Sepemergian Adam bersama rakan-rakan ke Pulau Pinang telah menemukan Adam dengan sebuah alat telekomunikasi canggih yang diberi nama Nokia E71. Telefon E series ini menjadi pilihan hati selepas mendapat duit saguhati sempena hari raya daripada saudara Fakhrul. Untuk maklumat lanjut tentang specs dan gambar phone, boleh klik sini. Selain daripada keypad QWERTY, Adam dapat online dengan telefon ini kerana dilengkapi dengan built-in Wifi dan juga built-in GPS. Mungkin berguna suatu hari nanti.

Nokia E71

Nokia E71

Hari ini, ketika entri ini ditulis kalendar telah berukar daripada 2 haribulan kepada 3 haribulan. Selamat Hari Lahir ke 44 kepada Umi. Semoga Umi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. InsyaAllah esok Adam akan belikan Umi hadiah :) Rasanya cukuplah setakat hari ini Adam beraya ya. Hari ini sepetang Adam bersama rakan-rakan telah menjalankan operasi menyerbu rumah rakan-rakan di sekitar Kangar seperti Yun, Epin, Remy dan juga rumah Mami. Hm, Elok ditukarkan mood raya kepada mood pelajar balik kerana banyak lagi assignment yang perlu diteruskan. Juga cukup untuk entri kali ini. Semoga bertemu lagi. Assalamualaikum.

P/S: Terima kasih kepada Cik Za yang sudi menjadi kenalan baru Adam. Semoga perkenalan dengan dia akan terus merancakkan penulisan Adam di sini. Adam sedia menerima sebarang komen, pendapat atau cadangan berkaitan Adam’s Playground daripada anda yang mengikuti perkembangan blog ini untuk kemajuan bersama.

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • khalil October 3, 2008, 3:59 am

    E series mmg best. lagi laju daripada N series.

  • Viere October 4, 2008, 12:13 pm

    Anda di tagged!!

  • amran October 9, 2008, 2:52 am

    askum,
    selamat hari raya, maaf zahir batin.
    sorry lama dh menghilangkan diri, ada hal penting yang dapat dielakkan.

Leave a Comment