≡ Menu

Bagaimana menjual dan membeli ‘fan page’ Facebook

Bagaimana menjual dan membeli 'fan page' Facebook

Hari ini, semuanya boleh dijualbeli sekiranya anda inovatif atau bijak mengambil peluang. Bidang pemasaran Internet sendiri sangat luas, sehinggakan ‘fan page’ di Facebook boleh didagangkan. Kenapa dan bagaimana?

Fan page ialah satu aplikasi yang disediakan oleh Facebook untuk membolehkan pengikut sesuatu produk atau perkhidmatan mendapatkan promosi atau berita terkini berkenaan produk yang ditawarkan. Namun, mereka yang inovatif ini menjadikan fan page ini sebagai satu komuniti yang berkongsi cerita dan gambar lawak, ayat motivasi, video mahupun madah cinta. Situasi ini menggambarkan fan page berubah menjadi satu micro blog dan mengabaikan platform blog yang sedia ada.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Grey Review, fan page Upin dan Ipin mendahului senarai fan page paling banyak diminati (like) iaitu sebanyak enam juta atau lebih tepat, 6,820,138!

Bagaimana menjual dan membeli 'fan page' Facebook

Maka, timbullah idea membina fan page dengan sebanyak mungkin, dapatkan like dan dijual kepada mereka yang memerlukan pengikut atau like. Mengapa perlu like ini? Bagi mereka yang menjalankan perniagaan di Facebook, mereka menganggap bahawa jumlah like yang banyak akan meningkatkan kredibiliti perniagaan. Dengan jumlah pengikut sehingga 10 ribu, maka pembeli akan lebih yakin untuk membuat belian di fan page yang mengiklankan produk. Adakah ini teori yang betul?

Tapi, benarkah jumlah 10 ribu itu ialah pembeli atau prospek? Jawapannya mungkin ya atau tidak kerana like hari ini juga boleh dijualbeli. Dalam kajian dan penemuan saya, memang benar ada komuniti yang menjalankan perniagaan menyewa status, menjual like dan menjual fan page. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang asas perniagaan ini, sertai mana-mana group di bawah.

Saya sarankan anda sertai mereka dan kaji bagaimana kerja mudah ini mampu memberikan anda pendapatan sampingan. Dalam perbincangan bersama rakan IM baru-baru ini, muncul satu istilah baharu ialatu Talking About This (TAT). Kata mereka, hari ini TAT lebih memainkan peranan dimana TAT akan memberikan anda jumlah pengguna yang aktif daripada jumlah keseluruhan like. Jika ada 5 ribu like dan 10 ribu TAT mahal harganya berbanding 100,00 like dengan 1,000 TAT.

Banyak istilah yang perlu dikuasai bersama tekniknya, jadi jika ada kelapangan saya akan meneruskan kajian agar mendapat manfaat bersama.

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3