≡ Menu

(VIDEO) Liga Super 2013 – Kelantan lawan ATM (2-3)

www.youtube.com/watch?v=T8WVVJkj6cQ

Kelantan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Indera Putra Mahiyuddin, yang mudah menyepak bola ke gawang yang kosong pada jarak 30 meter pada minit ke-27, berpunca daripada kesilapan antara Md Safwan Hashim dan penjaga gol tuan rumah, Farizal Harun.

Penyerang import Red Warriors, Keita Mannjou menambah perit ATM apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-33.

(VIDEO) Liga Super 2013 - Kelantan lawan ATM (2-3)

ATM kemudian berjaya merapatkan jurang gol pertama melalui jaringan Alex James yang merembat kencang selepas menerima sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-54.

Pada minit ke-67, Alex James berjaya menyelamatkan maruah ATM selepas menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Pada minit ke-90, Mohd Norfarhan muncul wira apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum menjaringkan gol kemenangan Kelantan. [via Utusan]

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3