≡ Menu

Zambry sah Menteri Besar Perak

11 Plan Masa Cuti

Posting pantas untuk hujung minggu ini. Dah seminggu rasanya Adam berada di Perlis selepas minggu lepas ke Shah Alam untuk menghantar Hawa untuk Program Persediaan Bahasa di Intec Shah Alam, Selangor.

Apa program menarik sepanjang minggu ini dan minggu depan? Banyak perancangan juga sebenarnya. Mengemas rumah yang dinaik taraf, menguruskan hal-hal kesetiausahaan Putra Rovers, menguruskan hal pentadbiran Reflector Studio. Haih, hati dok sedih sendirian takdak sapa nak teman ni. Apa cerita? Dalam kesibukan pun boleh terasa kesunyian lagi kah?

  1. Malam esok dijangka ke Stadium Utama Negeri Perlis untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super Perlis menentang Terengganu. Siaran langsung di TV1 juga ada. Alternatif nak jimat duit ialah tengok bola di TV sahaja.
  2. Petang Ahad dijadualkan Mensyuarat Agung Putra Rovers akan diadakan di Bilik Mensyuarat Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis. Dimulakan sekitar jam 2.00 petang dan bakal dirasmikan oleh Dato’ Amran bin Ali (dibaca Amran bin Ali) selaku penasihat Putra Rovers.
  3. Malamnya, diwara-warakan bahawa Konvoi Mesra Kangar – Ulu Lenggong dengan 3 buah kereta. Aktiviti mandi ayer panas dan makan malam di sana. Orang ramai dijemput hadir.
  4. Dijadualkan ke Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis untuk urusan cenderahati Kontigen Negeri Perlis ke Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009 pada hujung bulan ini. Ada perancangan dan tindakan untuk memeriahkan kontigen Perlis.
  5. 29 Mei dijadualkan bertolak ke Melaka untuk menyertai Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009 sehingga 3 Jun 2009.
  6. Kenduri Kak Nani di Taman Jali pada 4 Jun 2009.
  7. Urusan untuk menunaikan cek bernilai Ringgit Malaysia Lapan Ratus Lima Puluh Sahaja belum selesai. Di jangka diselesaikan pada awal bulan Januari. Dah 3 bulan cek tak cash. Burn baru tau. Haha.
  8. Meninjau harga Canon 50mm f1.8 di Cathay Kangar, dia offer RM350 untuk set lensa baru. Abang Long kata di Kuala Lumpur harganya RM420 akibat kenaikan harga pasaran. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya untuk tempahan. Tempahan terhad.
  9. Plet Rebet RH5775 terjatuh ketika sedang memecut laju di dalam bandar Kangar. Hilang. Terpaksa menggunakan plet standard. Dah tak rempit ;(
  10. Jika anda sedang mencari hosting untuk blog anda, saya menawarkan anda Pakej Blog-in-a-Box bernilai RM88. Anda boleh mulakan blog .COM anda pada harga RM88 setahun. Maklumat lanjut boleh hubungi saya atau ke www.rs.com.my!
  11. Eh, tunggu entri Tribute to Jitut & Dieya tau!

Cukup entri setakat ini. Juga tahniah kepada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang sah menjadi MB Perak. Apakah permainan jenis ini? Teruk kan politik. Kepada anak muda, belajarlah rajin-rajin agar suatu hari nanti adik-adik dapat menjadi pengganti kepada barisan pemimpin yang sedia ada ini. Jangan terlalu ikutkan nafsu — Samseng Jalananlah jadinya.

Other articles you might like;

19 comments… add one
  • beliamuda May 23, 2009, 9:34 am

    fuh, sibuk betul…

  • izzat May 23, 2009, 2:04 pm

    bla la kes Perak ni nak selesai..haih..Nizar pulak keluar statement nak buat rayuan jugak..hoho..memang xkan tamat la isu ni..

  • Adam May 23, 2009, 4:07 pm

    beliamuda: fuh, sibuk betul…

    Haha. Kalau tak sibuk, cakap boring pulak kan. Takda plan masa cuti la, apa la. Jadi, baik buat-buat sibuk ;)

  • Adam May 23, 2009, 4:08 pm

    izzat: bla la kes Perak ni nak selesai..haih..Nizar pulak keluar statement nak buat rayuan jugak..hoho..memang xkan tamat la isu ni..

    Bila kata nak buat pilihanraya, BN kata membazir. Hakim bukan rakyat, hakim tak rasa apa yang rakyat rasa. Rakyat nak pemimpin yang dipilih dalam kalangan mereka.

  • zulfitry May 23, 2009, 7:22 pm

    baguslah rempit dari rempat..

  • loq May 23, 2009, 9:51 pm

    buat je la pilihan raya
    baru la adil
    ikut suara rakyat
    bukan ikut suara adun dan raja atau mahkamah
    kalau BN berani
    buatla pilihan raya semula

  • Adam May 23, 2009, 10:35 pm

    loq: buat je la pilihan raya
    baru la adil
    ikut suara rakyat
    bukan ikut suara adun dan raja atau mahkamah
    kalau BN berani
    buatla pilihan raya semula

    Masalahnya ada yang takut. Takpa la, biaq kita tengok pulak macamna Dato’ Zambry macamna dia nak pimpin Perak. Kalau orait, teruskan la. Kalau hambar, elok tukar.

  • katahill May 24, 2009, 5:24 am

    rakyat mkn keliru!!! tunggu je la pru 13

  • Adam May 24, 2009, 8:13 pm

    zulfitry: baguslah rempit dari rempat..

    Rempit zaman Dr. Mahathir dulu tak macam sekarang. Dulu main motor sahaja. Sekarang dah libat jenayah. Siapa tak marah. Bekas rempit pun tak ngaku rempit.

  • Adam May 24, 2009, 8:14 pm

    katahill: rakyat mkn keliru!!! tunggu je la pru 13

    Semoga kemenangan akan berada di pihak yang benar, InsyaAllah. Kita tunggu dan lihat.

  • aman May 24, 2009, 10:11 pm

    pergh..busy memangjang…hehe

  • shahkang May 24, 2009, 11:34 pm

    salam
    apa ceta perlis kalah ni..huhu
    mana p shoutbox ang adam?
    saja buang ka apa

  • Adam May 25, 2009, 12:05 am

    aman: pergh..busy memangjang…hehe

    Haha. Seronok jugak kalau jadi orang busy ni. Takda fikir benda yang menyedihkan sangat. ;)

    Dalam kesibukan ada jugak lepak…

  • Adam May 25, 2009, 12:06 am

    shahkang: salam
    apa ceta perlis kalah ni..huhu
    mana p shoutbox ang adam?
    saja buang ka apa

    Takdak rezeki kot. Depa main pun tak cantik semalam. Banyak peluang tak disempurnakan untuk gol.
    Mungkin krisis dalaman PFA jadi punca kekalahan, siapa tau?

  • nep aka mettablu May 25, 2009, 12:35 am

    cek pon cuti gak
    dah buat sehabis bz dah tetap buhsan
    mungkin sbb da biasa bz kot
    la ni dok mana adam?

  • Adam May 25, 2009, 11:08 am

    nep aka mettablu: cek pon cuti gak
    dah buat sehabis bz dah tetap buhsan
    mungkin sbb da biasa bz kot
    la ni dok mana adam?

    Haha. Samala kita. Mangkit pagi tengok-tengok matahari dok ataih kepala dah. Pastu heran awat hari dok makin pendek. ;)

    Saya ada di Perlis. Sekitar Perlis sebelum ke selatan Malaysia pada minggu depan.

  • Wan May 25, 2009, 11:51 am

    Adam kena upah P.A nih… hahahhaa…

  • Adam May 26, 2009, 2:24 pm

    Wan: Adam kena upah P.A nih… hahahhaa…

    Ok jugak tu Wan. Tapi sehingga hari ini masih boleh mengurus hidup ;)

  • Wira DuniaMoto June 5, 2009, 11:03 am

    Harap kemelut di Perak akan berakhir.
    Mana2 parti pemerintah semua sama jer
    nakkan kuasa.

    Cuma bumiputera kena pertahankan hak
    kita yg selalu diusik2 sebabnya apa…
    kita dah mula bercakaran sesama sendiri.

    Kepada Adam teruskn perjuangan :)

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3