Kempen Twitter Merdeka 2009

Mohd Ismail melalui laman blognya di www.mohdismail.net telah melancarkan Kempen Twitter Merdeka 2009. Tujuan penganjuran kempen ini adalah untuk menjadikan kata kunci ‘Merdeka’ sebagai satu perkataan yang popular di Twitter sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, Ogos 2009 nanti. Sila baca petikan Mohd Ismail yang berikut;

Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di’Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.

Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di’seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat.

Dengan tujuan itu, Sejuk melalui laman blognya di sejuk.viere.net.my telah memulakan kempen dengan mencipta badge kempen ini. Bagi yang berminat untuk meletakkan badge ini di laman web anda, anda boleh memuat-turun pek Badge Kempen Twitter Merdeka 2009 oleh Sejuk di sini atau melalui posting rasmi beliau di sini. Terima kasih kepada Sejuk untuk badge yang cool ini!

Sebagai sedikit kelainan, Adam menghadiahkan sebuah skrip ringkas untuk meletakkan badge tersebut di penjuru kanan sebelah bawah di blog atau laman web anda seperti yang telah sedia dipasang. Berikut adalah cara penggunaan skrip ini. Salin dan Paste kod di bawah ini sebelum tag </head> atau </body> di dalam template WordPress atau Blogspot anda.

Bagi pengguna yang mempunyai hosting sendiri, anda boleh memuat turun skrip ini untuk dihostkan ke server anda.

1. Muat-turun pek Kempen Twitter Merdeka 2009  oleh Adam Roslan anda di sini.

2. Sunting kod di bawah mengikut kesesuaian URL dan lokasi gambar anda. Muat-naik ke Server.

3. Letakkan di header blog anda sama ada sebelum </head> atau sebelum </body>.

Kredit kepada Sejuk kerana membenarkan Adam menggunakan Badge Kempen Twitter Merdeka 2009 dan Mohd Ismail untuk idea yang bernas ini. Ikuti Adam di Twitter melalui www.twitter.com/adamroslan.

Comments

13 responses to “Kempen Twitter Merdeka 2009”

  1. sejuk Avatar

    tq adam :)

  2. Adam Avatar

    sejuk: tq adam :)

    Okay! Sama-sama berpromosi ;)

  3. PakciQue Avatar

    Kempen ini memang sangat menterujakan aku. Serius beb.

  4. Roslan Nazri Avatar

    waaa nice adam..camne eh wat jadi cam adam ni..nice!

  5. Adam Avatar

    PakciQue: Kempen ini memang sangat menterujakan aku. Serius beb.

    Jom sama-sama berkempen. MohdIsmail memang cool kan ;)

  6. Adam Avatar

    Roslan Nazri: waaa nice adam..camne eh wat jadi cam adam ni..nice!

    Jom-jom. Copy dan paste kod di atas di laman blog anda ;)

  7. ibnmasir Avatar

    aku pon sokong twitter merdeka ni… ak dah follow twitter ko… jom meriahkan hari merdeka

  8. haritz Avatar

    berminat gak ni (burung lagi..hehe)

  9. Adam Avatar

    ibnmasir: aku pon sokong twitter merdeka ni… ak dah follow twitter ko… jom meriahkan hari merdeka

    Jom-jom. Kasi gegar itu Twitter! ;)

  10. Adam Avatar

    haritz: berminat gak ni (burung lagi..hehe)

    Marilah mari ;)

  11. loq Avatar

    waaaah
    aku pon nak berkempen la macam nih
    baru la bersatu!

  12. Adam Avatar

    loq: waaaah
    aku pon nak berkempen la macam nih
    baru la bersatu!

    Mari, salin dan tampal code di blog anda ;)

  13. aezlika Avatar

    mcm ni la namanya malaysia boleh! hehehehe i sokong and spread the word!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *