≡ Menu

Minggu ke Tujuh Lagi!

Ini juga cerita berkaitan dengan minggu ketujuh. Minggu ini Adam masih berpeluang untuk menulis. Menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk mengambil kesempatan atas kesempitan masa. Ayat nak mantap!

Minggu ini berjalan dengan cukup lancar sekali. Hari Isnin, untuk kelas Audio Visual kami membentangkan jalan cerita untuk filem pendek kami. Alhamdulillah, Cik Maizurah amat berkenan dengan jalan ceritanya. Juga rakan-rakan yang lain juga setuju. Buat pertama kalinya juga kami diperkenalkan dengan kamera Panasonic 3CCD, sama seperti apa yang dilihat di Fotokem Plaza Low Yatt pada minggu lepas, RM13,999 nilainya. Kami diajar secara praktikal untuk berkenalan dengan kamera juga fungsinya.

Selasa, kelas Event Management dilanda kegusaran. Mana taknya, Madam Rosilawati begitu bad mood pada pagi tersebut. Mungkin atas sebab ramai yang datang lambat, juga langsung tidak datang. Pada petangnya, kelas Marketing dibatalkan. Oh, minggu lepas kami bersama DMC5E menyambut hari lahir Miss Zuliani aka Miss Iko di dalam kelas. Gambar akan disusulkan kemudian.

Rabu, kelas bermula pada sebelah petang dengan Marketing oleh Miss Iko dan kemudiannya Etrepreneurship oleh Miss Naizirah. Open book test pada hari tersebut. Malamnya, mesyuarat bersama ahlijawatankuasa untuk Program Amal Cuci Kereta yang dianjurkan oleh Pelajar Diploma Komunikasi dan Media Bahagian 5 sebagai tugasan untuk kursus Event Management.

Khamis, bermula dengan Multimedia; belajar ActionScript 2.0 untuk Adobe Flash. Dapat gerakkan objek dengan button pun jadi la kan. Akan diteroka lebih fungsinya pada masa depan. Petangnya, lebih kepada berehat. Malamnya, Adam bersama Nor Azman (aka Kelu) ke MITC Melaka untuk menyertai Majlis Makan Malam Selaut Kasih Seribu Kenangan sempena menyambut mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang datang ke Melaka. Ada banyak cerita tak menarik sepanjang majlis ini berlangsung. Apa pun, Abang Kelu dah berjaya mendapatkan beberapa shot menarik sepanjang majlis berlangsung.

Hari ini, Jumaat. Pagi, bergegas ke kelas untuk presentation Communication Research. Tajuknya; Peranan DJ Sinar FM dalam menarik minat pendengar muda. Proposal akan dihantar kepada Sir Anwar Fahmi untuk diteruskan dengan kajian. Petangnya, bersama Khairul Anuar aka Koopit ke Bandar Melaka. Tujuannya nak menghantar printer Canon MP145 yang rosak sejak Khamis. Masalah yang dapat dikesan ialah ralat untuk ‘jammed paper’ atau E2. Mulanya kami ke Viewcom Computer, Bukit Beruang; tapi selepas pemeriksaan techniciannya memberi cadangan untuk dibawa ke Pusat Servis Canon di Melaka Raya. Alhamdulillah, prosesnya berjalan lancar dan beberapa jam selepas itu satu SMS dihantar oleh Canon Malaysia yang menyatakan pencetak itu sudah diperbaiki dan sedia untuk diambil. Kemudian ke Dataran Pahlawan untuk menjamah sebiji Double Cheese Burger yang diidam sejak sekian lama. Selepas itu kami berjalan di sekitarnya dan menemui sebuah casing silicone untuk E71 yang begitu unik. Mana taknya, slim dan tidak buggy seperty Krusell yang sedia ada. Malangnya, satu kejadian tidak diingini berlaku dimana penutup getah untuk USB port terputus dan menjadikannya kelihatan cacat. Tiada cara lain, selain daripada mendapatkannya daripada set casing berharga sekitar RM450 menurut pekerja Nokia Care.

Malamnya, bersama rakan level ke Masjid Al Hikmah untuk mengerjakan tarawikh. Esok, umat Islam di seluruh dunia akan mengerjakan ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan. Teringat beberapa kisah menarik sepanjang Ramadhan lepas. Ramadhan kali ini tak sama dengan Ramadhan lepas. Tapi, Ramadhan 1430H baru sahaja bermula dan sudah pasti kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menjadikannya lebih berpengisian. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Other articles you might like;

4 comments… add one

Leave a Comment

Next post:

Previous post: