≡ Menu

Majlis Perwakilan Penduduk

Di sebuah taman, ditubuhkan satu sekateriat Majlis Perwakilan Penduduk atau dikenali dengan singkatan MPP. Tujuan penubuhan MPP adalah untuk memperjuangkan atau membela nasib penduduk Kampung Seri Alam yang dihuni lebih 200 keluarga. Atas nama membela dan memperjuangkan nasib penduduk, seluruh seisi kampung hidup dengan aman dan damai, di atas pemerintahan Penghulu Lokman. Disebabkan Penghulu Lokman sudah uzur, pelbagai spekulasi timbul bagi mencari penggantinya. Rata-rata mempunyai cadangan bagi menamakan calon bakal Penghulu.

1. Nazirul – Mendapat taraf penduduk kampung  selepas berhijrah ke kawasan setempat. Bekerja sebagai guru besar. Pernah memegang jawatan sebagai ahli JKK Bandar Klang. Mempunyai pengaruh yang kuat di sekolah dan pengaruh di Bandar Klang terbawa-bawa ke Kampung Sri Alam. Disebut-sebut bakal menggantikan Penghulu Lokman. Ada khabar angin mengatakan bahawa beliau menjadi guru besar kerana pandai ‘kipas’. Pihak pembangkang menjadikan isu ‘kipas’ sebagai alasan untuk tidak mengundi beliau.

2. Mokhtar – Bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh MPP di bawah pimpinan Penghulu Mokhtar. Walaupun pernah berpengalaman menjadi Ketua Biro Sukan dan Permainan bagi Program Sukaneka Tahunan Kampung Sri Alam, namun beliau mempunyai semangat dan keazaman yang kuat untuk mengubah cara pemikiran penduduk kampung kepada yang lebih bertamadun. Beliau beranggapan bahawa beliau yang paling layak untuk menggantikan tempat Penghulu Lokman. Daripada pandangan orang ramai, beliau tidak mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin. Namun semangat kentalnya tidak luntur dan tidak serik-serik mencari pengaruh dan melobi orang kampung untuk mengundinya.

3. Azrul – Orang biasa, tetapi mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah dan bijak dalam merancang. Pernah dilantik sebagai Ketua Perhubungan Pemuda UMNU kawasan Sabak Bernam dan meletakkan jawatan atas alasan memberi tumpuan kepada kerjaya. Kembali ke Kampung Sri Alam selepas meraih pengalaman berharga di alam pekerjaannya. Sifat kepimpinannya tidak begitu terserlah tetapi pengaruh luar menaikkan namanya. Dijangka menjadi favourite sebagai pengganti Penghulu Lokman. Anugerah Pekerja Terbaik di tempat kerjanya turut membawa tempias khabar bahawa dia yang paling layak.

Jika anda ialah penduduk Kampung Seri Alam, siapa yang akan anda pilih? Pilihan di tangan anda.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3