≡ Menu

Reviu Perlis lwn Felda United FC

Perlawanan pembukaan di Stadium Utama Negeri Kangar membawa tuah kepada pasukan Singa Utara apabila berjaya mengalahkan pasukan berstatus kelab, Felda United FC 3-2 di sini. Walaupun bermula dengan berhati-hati pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mula menunjukkan taring mereka selepas sepak mula separuh masa kedua. Gol pertama Felda United yang berpunca daripada sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh Faturazi Rozi (m-49) untuk gol pertama. Gol penyamaan Perlis dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke 55.

Kemudian Perlis mendahului selepas jaringan Azrul Ahmad hasil sepakan padang dan selang seminit G. Puaneswaran menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 85. Ahmad Fakri Saarani menjadi wira Perlis apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 92 sekali gus memberi kemenangan pertama kepada pasukan Singa Utara.

Keputusan Penuh Perlawanan Pertama Piala Malaysia 2010

Home Away
Kelantan 0 – 1 Negeri Sembilan
Kuala Lumpur, PLUS FC 0 -1 Selangor PKNS
Terengganu 1 – 3 Pahang
Kuala Lumpur 0 – 0 Sabah
Johor FC 1 – 1 Kedah
Perak 2 – 2 ATM
Selangor 3 – 1 Terengganu PBDKT T-Team
Perlis 3 – 2 Kuala Lumpur Felda United FC

Other articles you might like;

1 comment… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3