Blog

  • Jurugambar Perkahwinan Malaysia

    Hai. Jika anda sedang mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan anda atau saudara mara anda, saya akan senaraikan nama dan nombor telefon jurugambar untuk anda hubungi. Jangan risau, saya telah kategorikan mengikut negeri dan anda hanya perlu hubungi mereka untuk tawar menawar. Saya yakin, harga mereka pasti akan berbaloi dengan kualiti dan kepuasan anda akan dijamin oleh mereka.

    PERLIS

    • Amer Nasiruddin – +6.017.4422765

    SELANGOR

  • Hadiah Hari Raya

    Selepas raya, ramai yang datang ke kelas dengan gajet baru. Paling jelas ialah Ezzat Asyiq yang harini boleh update status Facebook melalui Blackberry. Mod pulak dah upgrade ke iPhone. Amir Aizat dengan Canon EOS 7D didatangkan bersama 50mm f1.4. Apa nak dikata?



    Hadiah Hari Raya, originally uploaded by adam.roslan.
  • Siri Terbaru ‘Crossings’ di NTV7

    Jika anda mencari sebuah drama bersiri bergenre komedi seram, anda boleh untuk cuba menonton Crossings yang akan keudarakan mulai 1 Oktober 2010, jam 8.30 malam di NTV7.

    Drama bersiri yang menggunakan hampir 95 peratus bahasa Inggeris mengisahkan Bob yang mengalami kemalangan aneh sehingga menyebabkan dia mempunyai kebolehan untuk melihat mereka yang meninggal dunia dalam refleksinya. Dia menggunakan kebolehannya itu untuk membantu roh yang ditemui menyelesaikan masalah mereka yang tidak diselesaikan ketika hidup. Melalui bantuan Bob, bukan saja mereka yang mati boleh bersemadi dengan tenang, tetapi turut membantu keluarga dan rakan rapat roh itu kembali menjalani hidup sempurna.

    Crossing juga memaparkan konsep 1 Malaysia dengan barisan pelakon berbeza kaum dan agama. Selain itu, drama bersiri ini turut menggunakan bahasa lain seperti bahasa Melayu, Kantonis dan Tamil.

    (more…)

  • iPhone 4, RM58 dengan Digi

    iPhone 4, RM58 dengan Digi

    Selepas dilancarkan pada Jumaat lepas, ramai yang bertanyakan saya tentang pakej iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi Telecommunication dan Maxis Telecommunication. Kesimpulan awal yang dapat saya simpulkan ialah memilih pakej Digi adalah pilihan yang bijak.

    Digi telah menyediakan satu jadual perbandingan harga pakej yang ditawarkan dengan harga pesaing mereka, Maxis. Jika anda seorang pengguna biasa yang penggunaan Internet ialah paling minumum, memilih pakej RM58 adalah sangat sesuai. Harga muka untuk iPhone 4 16GB ialah RM2,090 dan RM2,490 untuk 32GB.

    Jika anda masih keliru tentang apa yang ditawarkan oleh Digi, anda boleh rujuk jadual di bawah. Klik untuk Jadual Perbandingan Plan iPhone 4 Digi dan Maxis.

    (more…)

  • Ikea Lack

    Cakap banyak pun tak guna, ada dalam tiga minggu lagi nak habiskan perjuangan di semester tiga. Masa sekarang ialah fokus untuk selesaikan segala tugasan dan persembahan sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Bagi menghadapinya, langkah awal yang diambil ialah beli meja belajar. Bagus. Semoga dengan adanya meja baru, semangat terus membuak buak untuk belajar ditambah disiplin yang kuat. Haha.

    P/S: Saya respek dengan teknologi Ikea. Meja dipasang tanpa pemutar skru atau playar. Hebat!



    Ikea Lack, originally uploaded by adam.roslan.
  • iPhone 4 Digi dilancar Jumaat ini

    iPhone 4 Digi dilancar Jumaat ini

    Digi Telecommunication hari ini menerbitkan ‘teaser’ tentang kedatangan iPhone 4 di Digi Centre seluruh Malaysia pada 24 September 2010 bersamaan dengan hari Jumaat. Namun dalam laman web rasmi iPhone 4 Digi belum memuatkan sebarang informasi berkaitan harga atau plan yang ditawakan mereka. Jika anda seorang peminat tegar iPhone 4, bersiap sedialah untuk memiliki gajet terhebat di abad ini.

    Selain itu, Maxis Telecommunication telahpun membuat pengumuman harga dan plan untuk iPhone 4. Anda boleh memiliki iPhone 4 16GB dengan harga RM 1,990 dengan komitmen RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi iPhone 4 Maxis di sini.

    P/S: Sebelum ni ada hasrat, tapi memikir kehendak mengatasi keperluan, terpaksa batalkan.