Result UiTM Hari Ini

Saya fikir trending untuk hari ini dan esok ialah result peperiksaan akhir semester UiTM. Macam biasa, apabila hari kejadian, keadaan server UiTM akan menjadi sesak pada waktu puncak dan semangat yang berkobar-kobar akan terkubur dek kesesakan ini. Ura-ura mengatakan bahawa pihak pentadbiran UiTM akan mengubah sistem pengumuman keputusan dengan menghantar keputusan itu kepada email setiap siswa. Saya sedang mencari bukti sahih daripada profail Dato’ VC UiTM tetapi gagal.

Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi, saya dan beberapa orang rakan sempat untuk memeriksa dan selang sejam kemudian, pentadbir Student Portal telah menutup pautan untuk memeriksa keputusan. Saya sempat mendapatkan pautan dengan menggunakan pautan ini, Result UiTM.

Alternatifnya, gunakan Mini Transkrip di Student Portal untuk melihat result atau tunggu esok, 10 Disember ;)

Comments

6 responses to “Result UiTM Hari Ini”

  1. saya_aRief Avatar

    haha..sangat mendebarkan..

  2. kelhome Avatar

    ingat lagi zaman nak cek result uitm..asik refresh page mmmaaannjanngg je..anyway, goodluck bro

    1. Adam Roslan Avatar

      Sebabtu dengar kata nak hantaq by email saja. Takda sapa merungut :)

  3. ammar Avatar

    semua link dead. haish.

  4. Omar Avatar

    hoho.. uitm, e-mel? memang ada..tapi dengar kes ada yang dapat salah orang punya result. =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *