Blog

  • Penuntut UiTM dekati masyarakat Batek

    Seramai 86 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam menjayakan Program Kembara 1Malaysia bagi mendekati masyarakat Melayu dan Orang Asli Batek di Hulu Tembeling dekat sini, baru-baru ini. Dalam program tiga hari dua malam itu, penuntut terbabit berkampung di Dedari, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.

    Projek anjuran bersama syarikat pelancongan Lubuk Bangkung Sdn. Bhd. dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM itu melibatkan pelbagai kegiatan amal, persembahan kebudayaan dan permainan tradisional. Penyelaras projek, Dzulkarnain Mazlan berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar UiTM menyelami kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu Hulu Tembeling dan Orang Asli Batek.

    (more…)

  • Buat Duit dengan Says.my

    Buat Duit dengan Says.my

    Kempen SAYS.my

    Saya tak boleh bercakap banyak mengenai kempen yang disediakan oleh SAYS.my ini kerana takut menjejaskan status Glitterati yang Nuffnang berikan kepada saya. Jika anda betul betul berminat untuk mengetahui bagaimana SAYS.my boleh memberikan anda pendapatan sampingan, klik gambar di atas untuk pendaftaran dan mula berkongsi setiap kempen yang dianjurkan. Setiap klik daripada promosi anda akan dibayar RM0.20!

    Hari ini juga merupakan hari ketiga SAYS.my menyambut ulang tahun mereka, dimana mereka menawarkan banyak hadiah hadiah menarik seperti Apple Macbook Air, Apple iPhone 4, Apple iPad 2, Samsung Plasma TV, Lomokit, Tiket AirAsia ke Korea Selatan, voucher IKEA dan tiker Justin Bieber. Klik disini untuk maklumat lanjut mengenai ulangtahun ini.

    (more…)

  • Bye Bye Maxis Broadband

    Bye Bye Maxis Broadband

    Bye Bye Maxis Broadband

    Baru Ahad lepas, Adam melanggan Maxis Broadband 3GB dengan kelajuan sehingga 7.2 Mbps. Tidak dinafikan, kelajuan yang ditawarkan sangat mengujakan. Manakan tidak, kelajuan sepanjang tiga hari ini maintain sehingga petang tadi. Entah dimana silap, modem USB mencatatkan penggunaan mencecah 3GB dalam tiga hari ini! Walaupun kerap menggunakan untuk update blog dan melayari Internet tetapi masakan sampai 3GB?

    Selepas anda mencapai 3GB, Maxis akan throttle kelajuan kepada 128 Kbps. Teruknya! Dengan kelajuan ini apa boleh saya buat? Tidak boleh buat apa walaupun periksa e-mail di GMail! Mungkin saya perlu upgrade ke pakej 12GB dengan bayaran RM198 sebulan dengan cara penggunaan saya yang melampau ini?

    (more…)

  • Tukang Rumah yang Cekik Darah

    Tukang Rumah yang Cekik Darah

    Pada pagi Ahad, 3 April 2011 saya menelefon seorang tukang paip yang menawarkan perkhidmatan baik pulih sistem perpaipan dan elektrik di rumah sewa saya di Seksyen 6, Shah Alam. Pada masa yang sama saya keluar untuk menyelesaikan beberapa tugasan luar dan rakan serumah saya berada di rumah dan menunggu tukang paip tersebut.

    (more…)

  • (EKSLUSIF) Video Panas Anwar Ibrahim Tersebar

    Penat belajar Sedition Act, Defamation Act, OSA, ISA, PPPA dan akta-akta lain yang pelbagai, hari ini kita didedahkan dengan satu video yang dipercayai dirakamkan dengan niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekadar berkongsi.

  • Sedapnya Asam Pedas Melaka

    Sedapnya Asam Pedas Melaka

    Minggu lepas Adam dan rakan Super Broadcaster yang lain ke Melaka untuk menjayakan Malam Apresiasi Kelab Penyiaran di Hotel Emperor Melaka.

    Alang alang di Melaka, Adam tidak melepaskan peluang untuk makan asam pedas ikan kembung di Dataran Pahlawan. Walaupun tidak se-gah Asam Pedas Claypot, rasanya tidak menghampakan :)