Pada pagi Ahad, 3 April 2011 saya menelefon seorang tukang paip yang menawarkan perkhidmatan baik pulih sistem perpaipan dan elektrik di rumah sewa saya di Seksyen 6, Shah Alam. Pada masa yang sama saya keluar untuk menyelesaikan beberapa tugasan luar dan rakan serumah saya berada di rumah dan menunggu tukang paip tersebut.
Beberapa minit selepas saya keluar, rakan serumah saya, Hilmi Johan menelefon untuk memberitahu kedatangan tukang paip tersebut. Setelah beberapa ketika, Hilmi lagi sekali menelefon saya dan kali ini tukang paip tersebut bercakap dengan saya tentang kerosakan. Menurutnya, ELCB rumah ini rosak dan perlu ditukar dengan harga RM290 dan menukar tiga lampu kalimantang yang rosak. Setelah selesai, mereka lagi sekali menelefon saya untuk bertanyakan soal pembayaran. Saya diberitahu bahawa kos baikpulih seketul ELCB yang berharga RM80.00 di kedai elektrik, 3 lampu kalimantang yang di cas RM90 setiap satu (boleh dibeli RM25 setiap satu) dan beberapa benda lain yang tak pasti kebenarannya.
ELCB – RM290 x 1
Lampu Kalimantang & Sarang – RM90 x 3
Suis Lampu – RM45 x 1
Soket 3 Pin – RM45 x 1
Switch – RM 45 x 1
Benda dalam Main Board – RM 30 x 4
Total = RM770.00
Brader ni betul betul bikin gua panas. Mudah betul dia tap harga tinggi tinggi padahal switch dia beli RM4.50, dia cas RM45. Lampu kalimantang dia beli RM25, dia cas RM90. ELCB dia beli RM85 dia cas RM290. Dan sekarang, lampu berkelip kelip. Semalam tengok ABPBH 2010 pun dalam lampu berkelip.
Other articles you might like;
hmmm…aku ni pn wireman gak..tp utk PW2 je lah..kalau ikut aku cas dia boleh tahan..jgn terkejut ni mmg statndard..lagi2 area kuala lumpur..tp kalau kerja dia x ok..ko boleh komplen..
Iye ke Tuan. Ye ke standard. Mahal jugak kalau macamtu. Memang benda boleh buat sendiri tapi kadang tak ada masa. Lagipun ini bagi pihak tuan rumah :)
Setakat lampu kelip kelip tu dah panggil balik suruh dia betulkan.
sangat2lah mencekik! b4 buat tanya kos dulu. kenapa tak suruh tuan rumah yg buat? itu bawah kos tuan rumah. eh! rumah sendiri ke? kalau hal2 begini biasanya kalau tak hubby akak buat, akak yang buat sendiri je. kos atas barang aje lah.
Ini pun bagi pihak tuan rumah Kak. Tapi macam mahal sangat sajo. Beli sendiri RM20, dia buat RM90. Wow!
pergh die ingt org tak tahu kot harga mende alah tu sume kan. mmg cekik darah! takan ade kaitan dgn harga mnyk naek kott
Itulah pasal Mira. Tak apa, hari ini hari dia. Jeng jeng jeng.
singgah pagi..sob
Singgah. Jangan malu malu. Makan kek kat sebelah.
benda perkhidmatan mmg mahal. tp mahal kena seiring dgn mutu kerja. nih dah kelip2, better boh lampu liplap tuh. haha
Haha. Janganlah marah. Nanti raya kita pasang lampu lip lap okay!
salam
tu dia…bkn untung sekali ganda..tp 10 kali ganda dia paw…
benda2 mcm ni kita kena ‘tegas’…cakap harga kat kedai sekian2…nape dia amik semahal tu..kalau dia berkeras jugak..cakap ja saya akan cari tukang lain..
Haha. Kita kena ada satu standard untuk penetapan harga kot. Kes ni sama macam kita panggil tukang tukar tayar atas highway. Dalam terpaksa kita kena jugak panggil untuk tukar tayar atau mati kutu atas highway tu.
Wow sungguh2 mahal tu … ada dapat resit ? kalau ada boleh complain kat KPDNKK tu..
wah..harga suis 4.50 dia charge 45.00??dia nak beli ferarri ker??paling mahal aku penah dengar pun RM15 jer..konon campur upah pasang..isk..isk..
p/s: yang kena Rm15 tu kakak aku..sib baik aku xde..kalo aku tau baik aku tukar sendiri..hahaha
Regards,
-Strider-
tu bkn nyer mencekik darah dh tu name dia mengcekik spai mampus tu..
Bapak ah, melampau2 gila cas dia… itu bukan cekik darah, itu nak bunuh orang namanya…
makk aii gilo la….kalau camni bank negare pon boley benkrup tau..hehee
ish2..xbaek betul la die wat cm tu..nak untung pun jgn terlalu lebih dr kos…huhuhu
pergggghhhh… kering darah den baco. mahal tuhhh.. kot mahal servis bagus takpe. dibuatnya hampeh? buek sakit ati je laa
korang jgn la terkejut..as wireman kita mmg akan cas macam nih..tu nasib baik bnyk tu..kalau x dia boleh cas lebih lagi tu..kerja wireman xde standard harga kita wat harga kita sndiri..cbe korang upah org cina tgk leh capai 1k upah..
Betul aku x tipu..
untung melampau = haram~
untung melampau = haram
Btol mah abng tu ckp.klau bg cine buat mesty kluar duit byk.mase tu bukan cekik darah.itu seperty rogol ramai punye feeling.
sye chinese ,sye tahu lah dorang bisnese punye cara.
klau mmber2 sye xtahu pasang wire tu,sye f.o.c tolong pasang jew .
wire2 tu senang pasang .yg penting jaga keselamatan diri.
tp benda2 wire mesty nk belajar ckit lah.basic…
satu hari nnty mesty ade guna…
dah tu okay dak? da la mahai…
tu la, plug kat umah saya ni pun, kalau ada masa baru boleh repair. Kat johor ada member yang boleh tolong repair2 nih…Tapi memang dekat area s.alam, memang la mahal, nak hidup ma..
seriously mahal giler harga dia
Sudah terkena sebelum ni. Dengan orang sama juga. Tak apa lah Adam. Rezeki dia. Biarlah.
Tak apalah. Lepas ni jangan ada yang terkena lagi.
woo…mahal btol…lagi mahal berganda2 drpd harga barang.
aku pun tahu buat jgak. korang sediakan bajet untuk harga barang dan upah duit minyak (<rm25). dah la. aku kat seksyen 7, shah alam. bleh contact 0133729817. untuk wiring sahaja. tq
suis lampu 2 gang pon jenis cap ayam je die tukar . Aku rase dalam suis tu harga dia dalam 7 atau 8 ringgit je . mmg cekik darah mamat nih . Pesanan kpd sesiapa , len kali bincang harga dulu , dah ada persetujuan dr 2 pihak baru leh proceed kerja . Biar win win situation . Wallahualam ….
memang gila betul…..ELCB tu kalau ikutkan brand EPS tak sampai RM20 je tahu …. lampu tu sampai RM90? kalau nak tahu… harga lampu yang sebetulnya RM12.50 or RM13.00 untuk 1 set cukup starter cukup choke.. suis lampu RM45? gila mahai,cap apa tu?cap schneider pon tak sampai RM45 tahu,gila betul..wireman cekik daroh
thanks for the info, akak tgh cari harga elcb. electrician belum letak harga, baik kita survey dulu… lepastu boleh bargain upah kaw-kaw punya.
aku pun dah tekena dgn org mcm ni..dah serik..cekiik darah diaorg ni..sbb tu sampai ke sudah diaorg tak senang..paling selamat cari org yg kita kenal dan tanya harga dulu.
rakan2 sekalian….sebenarnya benda ni ada kadar harga standard bagi semua tukang elektrik…cari kat google…
cth :-pendawaian baru sistem plug 13amp – RM 80 – RM 85 mengikut kawasan /
bandar…
– pendawaian baru sistem lampu – RM 60 – RM 65 mengikut kawasan / bandar..
– kadar caj untuk pemasangan lampu -RM 8. – RM 10. mengikut kawasan /
bandar..
kalau setakat ganti plug cam tu…..caj harga macam awak bagitau tu..memang kena sembelih..ELCB baru RM45.-RM 50.
saya pun jurugegas elektrik jugak…terus terang harga macam tu x masuk akal….dan x ikut piagam planggan…apa yg dia buat tu betul2 memburukkan orang macam kami..tapi insyaallah rezeki ada di mana2…saya berasa kesal dengan apa yg terjadi…PERINGATAN :- bincang harga dahulu sblum buat…biar gaduh dulu jangan menyesal kemudian hari…
tu harga gila babi nama nya.tuan panggil dia wktu mlm ker?
slalunya dgn cino je bg harga tu, and org yang xberapat tau bt kerja yg bg harga gila babi cam tu.ikut peraturan skrg nie, tuan rumah berhak minta tunjuk lesen atau profile compny dan bagi kerja2 elektrik tuan puan harus minta di tunjukan lesen kekompetenan si kontraktor. sekian… insyaallah rezeki ada di mana2…saya berasa kesal dengan apa yg terjadi…PERINGATAN :- sila bincang harga dahulu sblum buat…biar gaduh dulu jangan menyesal kemudian hari…
gila mahal harga dia 10 kali ganda….huhu…kesian ko….aku contrator elektrik sekitar pulau pinang…hubungi kalu ada pendawaian baru atau renovation… 012-4190023..
wiring baru lampu rm55-65
wiring power point rm60-80 (ikut jarak)
upgrade db rm200-rm350
autogate = ikut jarak
renovation rumah
awning dan pagar besi
dan mcm2 lagi…
standart le tu.cuma elcb tu mahal sikit.x kan barang rm 4.50 nak cas cam tu juga
Kalau harga saya ambil dlm rm250-rm300…utk semua kerosakan di atas tu…