
Baru Ahad lepas, Adam melanggan Maxis Broadband 3GB dengan kelajuan sehingga 7.2 Mbps. Tidak dinafikan, kelajuan yang ditawarkan sangat mengujakan. Manakan tidak, kelajuan sepanjang tiga hari ini maintain sehingga petang tadi. Entah dimana silap, modem USB mencatatkan penggunaan mencecah 3GB dalam tiga hari ini! Walaupun kerap menggunakan untuk update blog dan melayari Internet tetapi masakan sampai 3GB?
Selepas anda mencapai 3GB, Maxis akan throttle kelajuan kepada 128 Kbps. Teruknya! Dengan kelajuan ini apa boleh saya buat? Tidak boleh buat apa walaupun periksa e-mail di GMail! Mungkin saya perlu upgrade ke pakej 12GB dengan bayaran RM198 sebulan dengan cara penggunaan saya yang melampau ini?
Saya berminat untuk mencadangkan kepada Maxis Telecommunication untuk mengubah polisi mereka yang boleh dikatakan keterlaluan ini. Selamat Tinggal Maxis Broadband!


Leave a Reply