Blog

  • Harga Emas jatuh, apa nak buat?

    Harga Emas jatuh, apa nak buat?

    Harga Emas Semasa 30 Hari

    Sejak beberapa hari ini, ramai penggemar emas dan rakan-rakan pemerhati harga emas menelefon saya untuk mengetahui situasi sebenar apakah yang berlaku kepada harga semasa emas di pasaran sekarang.

    Wall Street Journal - Silver Slides in Asian Trading

    Seperti yang dijangka, selepas berita kematian Osama Laden menjadikan US Dollar mulai kukuh dan beberapa berita lain turut mempengaruhi kenaikan nilai USD berbanding nilai semasa emas. Graf di atas menunjukkan mulai 26 April harga emas melambung sehingga paras 148.25 ringgit per gram dan hari ini turun pada 140.95 satu gram.

    Harga Emas Semasa - 6 Mei 2011

    Jadual Public Gold pula menunjukkan harga emas bar 10 gram dijual pada RM1,649.00, 20 gram (RM3,268.00), 50 gram (RM8,131.00), 100 gram (RM16,186.00) dan 250 gram pada (RM40,274.00). Harga sedikit rendah berbanding harga pada 5 Mei, RM 1,691.00. Bagi para pelabur, inilah masa yang paling dinantikan untuk terus membuat pembelian sebelum harga kembali naik selepas penganalisis pasaran menjangkakan berlakunya ‘bounce back’ selepas harga menyentuh retracement point selepas harga minyak RON97 pun dah naik RM0.20.

    (more…)

  • Public Gold Perkenal Bar Emas 10G

    Public Gold Perkenal Bar Emas 10G

    Dua hari lepas, ketika sibuk mentelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester saya ada gatal tangan untuk memeriksa harga semasa emas yang ketika itu sedang mencanak naik sebelum berita kematian Osama bin Laden. Kalau sebelum ini Public Gold ada menambah produk 250G untuk variasi produk bar emas mereka, kali ini mereka memperkenalkan variasi Emas Tulen 999.9 24k seberat 10G.

    Bar Emas Public Gold

    (more…)

  • [Gambar] Mayat Osama Laden di Photoshop?

    [Gambar] Mayat Osama Laden di Photoshop?

    Mayat Osama Laden

    Kecoh hari ini apabila pasukan tentera Amerika Syarikat berjaya mengebom kediaman Osama Laden dan berita ini menjadi satu kejayaan besar buat negara tersebut. Berita ini sebenarnya juga dipercayai sebagai propaganda Amerika untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dunia kepada Amerika. Saya percaya mereka buat ini untuk kembali mengukuhkan Dollar Amerika yang kian jatuh.

    (more…)

  • [Gambar] Yamaha 135LC 2011

    [Gambar] Yamaha 135LC 2011

    Yamaha 135LC 2011

    Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. baru baru ini telah melancarkan Yamaha 135LC model 2011 dengan enjin 135cc sejukan cecair empat lejang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri, YB Dato’ Mustapa Mohamed.

    Motorsikal ini didatangkan dengan rekabentuk baru yang lebih elegan seperti lampu hadapan dan lampu ekor, rekabentuk speedometer yang memberi penglihatan yang lebih jelas, kunci anti-theft untuk keselamatan tambahan dan fender belakang untuk pertahanan daripada lumpur.

    Model Yamaha 135LC 2011 boleh didapati pada harga RM 6,118 untuk model tanpa kelas tangan dan RM 6,668 untuk model kelas tangan.

    (more…)

  • [Dibayar] Paid to Promote USD0.18

    [Dibayar] Paid to Promote USD0.18

    Update satu earnings daripada Internet selepas beberapa bulan langsung-tidak-kisah untuk ambik tau hal hal di Internet selain daripada ber-Facebook. Adam ada terbaca mengenai program Paid to Promote ini melalui bacaan di Internet dan terus mendaftar untuk melihat penangan program ini walaupun dengan hanya menggunakan trafik terbiar daripada SERP.

    Beberapa hari lepas, Adam menerima satu emel notifikasi bahawa seseorang telah memasukkan wang berjumlah USD0.18 ke akaun Adam. Walaupun nilai yang sangat kecil, tetapi program ini benar-benar membayar. Dengan trafik unik sekitar 10-20 sehari cukup memberi sen. Bayangkan jika anda meletakkan link mereka di trafik yang deras. Jangan terkejut berpuluh dolar akan dihantar ke akaun Paypal anda setiap bulan :) Klik sini untuk mendaftar atau reviu laman web mereka.

    (more…)

  • Singa Utara Kecewa Keputusan Pengadil. Tewas 1-3.

    Bagaikan seperti ada yang tak kena, peminat Singa Utara membantah sekerasnya keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti semasa perlawanan dengan Harimau Muda A di Stadium Utama Kangar, Sabtu lepas.

    Hampir satu musim tidak berksempatan mengikuti perkembangan bola sepak Singa Utara, hari ini Singa Utara merupakan pasukan tercorot dalam Liga Super 2011 dengan 7 mata daripada 16 perlawanan. Situasi ini bakal membawa pasukan Singa Utara turun ke Liga Malaysia pada musim depan.

    Saya mendoakan semoga pemain dapat membuat kejutan dalam baki perlawanan akan datang dan para penyokong setia dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Singa Utara.

    (more…)