Sejak beberapa hari ini, ramai penggemar emas dan rakan-rakan pemerhati harga emas menelefon saya untuk mengetahui situasi sebenar apakah yang berlaku kepada harga semasa emas di pasaran sekarang.
Seperti yang dijangka, selepas berita kematian Osama Laden menjadikan US Dollar mulai kukuh dan beberapa berita lain turut mempengaruhi kenaikan nilai USD berbanding nilai semasa emas. Graf di atas menunjukkan mulai 26 April harga emas melambung sehingga paras 148.25 ringgit per gram dan hari ini turun pada 140.95 satu gram.
Jadual Public Gold pula menunjukkan harga emas bar 10 gram dijual pada RM1,649.00, 20 gram (RM3,268.00), 50 gram (RM8,131.00), 100 gram (RM16,186.00) dan 250 gram pada (RM40,274.00). Harga sedikit rendah berbanding harga pada 5 Mei, RM 1,691.00. Bagi para pelabur, inilah masa yang paling dinantikan untuk terus membuat pembelian sebelum harga kembali naik selepas penganalisis pasaran menjangkakan berlakunya ‘bounce back’ selepas harga menyentuh retracement point selepas harga minyak RON97 pun dah naik RM0.20.
P/S: Kalau ada duit memang nak angkat 10 gram 999.9 nih.
Other articles you might like;
nggak faham. apaan ini sih???? =.=”
haha
Sekarang harga komoditi emas dan perak tengah turun disebabkan oleh berita kematian Osama Laden. Para penganalis meramal harga akan kembali naik kerana sudah mencecah retracement point.
:-)..standard la tu USD melonjak Gold pun turun skit..Gold naik USD turun :-)