≡ Menu

[Gambar] Yamaha 135LC 2011

Yamaha 135LC 2011

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. baru baru ini telah melancarkan Yamaha 135LC model 2011 dengan enjin 135cc sejukan cecair empat lejang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri, YB Dato’ Mustapa Mohamed.

Motorsikal ini didatangkan dengan rekabentuk baru yang lebih elegan seperti lampu hadapan dan lampu ekor, rekabentuk speedometer yang memberi penglihatan yang lebih jelas, kunci anti-theft untuk keselamatan tambahan dan fender belakang untuk pertahanan daripada lumpur.

Model Yamaha 135LC 2011 boleh didapati pada harga RM 6,118 untuk model tanpa kelas tangan dan RM 6,668 untuk model kelas tangan.

P/S: Design dah kurang lah. Terkenang pulak motor gua yang hilang.

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • sayacomel May 2, 2011, 6:42 pm

    wahh, 6 ribu..camana nak cekau duit banyak tuh ekk..

  • iwan June 2, 2011, 10:11 pm

    kenapa aq beli lc tu harganya RM6650?? mcm rase tetipu pulak,,

    • Adam Roslan June 2, 2011, 10:59 pm

      Insuran semua kot. Upah runnner lagi. Beli ada clutch ke tak Bro?

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3