Blog

  • Gangguan Sambunga Internet Seluruh Malaysia

    Gangguan Sambunga Internet Seluruh Malaysia

    Sepetang saya bergelumang dengan panel router mana tahu salah setting selepas reset router akibat beberapa masalah sejak semalam.

    Sebentar tadi saya bertekad untuk menelefon talian 100 Telekom Malaysia untuk bertanyakan khabar tentang Internet saya di rumah. Sebelum panggilan dijawab oleh operator, saya dimaklumkan bahawa telah berlaku satu gangguan sambungan Internet di seluruh Malaysia.

    Sehingga bila saya tidak dimaklumkan kerana semua operator sibuk di talian. Mungkinkah ada kaitan dengan kejadian letusan api kuat Matahari yang turut mengakibatkan gangguan operasi satelit komunikasi dan janakuasa tenaga?

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • SKMM Sekat Laman Perkongsian Media

    SKMM Sekat Laman Perkongsian Media

    Speed Test Maxis Broadband

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dalam satu surat bertarikh 30 Mei 2011 membuat permohonan kepada semua Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia termasuk TM Net, Maxis, Celcom, Digi, YTL Communication dan TIME dot Com untuk menghalang akses kepada beberapa buah laman perkongsian media.

    Antara laman web yang disenaraikan ialah, www.warez-bb.org, thepiratebay.org, movie2k.to dan beberapa laman perkongsian media seperti duckload.com, fileserve.com, filestube.com dan megaupload.com.

    Sekatan akses ke laman-laman tersebut adalah untuk menghalang berlakunya perkongsian fail multimedia seperti muzik dan video yang melanggar akta hak cipta dan undang-undang Malaysia.

    (more…)

  • WW #1 – Pulut Harumanis Pulut Durian

    WW #1 – Pulut Harumanis Pulut Durian

    WW #1 - Pulut Harumanis Pulut Durian

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • Terowong Penchala – Hubungkan Damansara KL

    Terowong Penchala – Hubungkan Damansara KL

    Terowong Penchala merupakan ikon sebenar kepada Lebuhraya SPRINT. Terowong sepanjang 700 meter ini terletak di antara Persimpangan Bertingkat Kiara dan Persimpangan Bertingkat TTDI adalah merupakan yang terlebar di Malaysia setakat ini. Ia mempunyai tiga lorong pada setiap arah dan direka dengan senibina Moorish yang sememangnya indah. Apa yang menarik ialah terowong bernilai RM150 juta ini  dilengkapi dengan 14 buah kipas jet untuk menyedut keluar asap kenderaan daripada terowong, system penataan cahaya pintar, platform kecemasan, tiga ruang untuk penumpang (untuk digunakan dalam kes kebakaran atau kecemasan di dalam terowong), kamera litar tertutup dan telefon kecemasan.

    Bagi mengelakkan kebocoran, terowong ini dilengkapi dengan bahan lembut yang kalis air semasa pembinaannya. Terowong ini juga meminimakan pengambilan tanah dan gangguan persekitaran semasa pembinaan dan ini adalah jalan terbaik untuk memelihara ekologi dan kawasan sekitarnya.

    Sumber: SPRINT Malaysia

    Terowong Penchala - Hubungkan Damansara KL

    (more…)

  • Apple Lancar iOS5 dengan 200 Fungsi Baru

    Apple Lancar iOS5 dengan 200 Fungsi Baru

    Apple iOS 5 - 200+ new features for iPad, iPhone, and iPod touch.Worldwide Developer Conference (WWDC) 2011 yang berlangsung baru-baru ini di San Francisco mengumumkan beberapa inovasi hebat oleh Steve Jobs seperti OS X Lion, iOS 5 dan iCloud. OS X Lion ialah generasi terkini sistem operasi Macintosh; sistem operasi mobile iPad, iPhone dan iPod touch akan diperhebatkan dengan 200 fungsi baru iOS 5; dan iCloud sistem simpanan data di pelayan Apple yang boleh dipindahkan daripada iPad ke komputer Macintosh.

    Apa yang menarik dengan iOS 5 baharu ini ialah pengenalan kepada 9 fungsi asas baharu/dinaiktaraf iaitu Notification Center, iMessage, Newsstand, Reminders, Twitter, Camera, Photos, Safari & PC Free.

    Fungsi Notification Center dalam iOS 5 akan memaparkan semua panggilan tak terjawab (missed calls), mel suara, pesanan teks, kalenda dan e-mel di dalam satu paparan ringkas tanpa perlu keluar daripada aplikasi yang dijalankan.

    iMessage merupakan sistem pesanan teks melalui Internet yang menghubungkan iPod touch, iPhone dan iPad. Sama seperti pengguna Blackberry, pengguna iOS 5 kini boleh menghantar teks tanpa henti antara mereka.

    Newsstand akan menempatkan semua buku dan majalah yang dilanggan ke dalam satu rak buku. Jadi, anda lebih mudah untuk mencapai buku kegemaran anda pada bila bila masa.

    Reminders menambah lagi kecekapan iPhone sebagai telefon pintar dimana Apple telah mewujudkan fungsi to-do-list yang boleh diintergrasikan bersama iCal di komputer Macintosh.

    Twitter terbina dalam yang diperkenalkan dalam iOS 5 memudahkan pengguna untuk tweet gambar, lokasi dan peta tanpa menggunakan perisian Twitter — terus daripada gambar anda.

    Kamera diperbaiki dengan lebih mesra pengguna dimana pengguna tidak lagi perlu ‘unlock’ telefon untuk menggunakan kamera. Mereka hanya perlu ‘double tap’ di skrin untuk menggunakan kamera. Selain itu, butang ‘volume-up’ juga berfungsi sebagai ‘shutter button’ apabila fungsi kamera diaktifkan.

    Fungsi Photo ditambah dengan fungsi crop, rotate dan red-eye reduction semudah ABC dengan aplikasi Photo.

    Safari Reader ditambah dalam Safari iOS 5 untuk memberi pengalaman melayari laman web dan membaca teks tanpa iklan.

    Dan apa yang paling penting ialah iOS 5 selepas ini boleh dipasang terus selepas dibuka daripada kotak kerana tidak lagi memerlukan komputer untuk membuat tetapan. Peranti yang beroperasi dengan iOS 5 sendiri akan bertindak sebagai komputer anda.

    (more…)

  • Teknik Jana USD100 dengan Rahsia Amazon

    Teknik Jana USD100 dengan Rahsia Amazon

    Video Rahsia Amazon

    Menjalankan perniagaan affiliate seperti Amazon Affiliate sememangnya terbukti mampu memberi pulangan lumayan jika anda bijak memanipulasikan segala peralatan yang ada termasuk menggunakan kata kunci yang mampu memberi anda tempat pertama di enjin carian.

    Teknik Google Bom dalam video Rahsia Amazon yang diperkenalkan oleh Steve, seorang IM dari Sabah merupakan satu teknik yang menjadi, kerana selepas mempraktikkan teknik yang ditunjukkan oleh beliau di dalam videonya, beliau telah menjana lebih USD100 dalam 30 hari sahaja!

    Video di atas menerangkan bagaimana pada bulan April 2011, beliau menghasilkan $26.58; bulan Mei 2011 sebanyak $113.25 dan bulan Jun beliau berpotensi untuk menggandakan pendapatannya.

    (more…)