SKMM Sekat Laman Perkongsian Media

Speed Test Maxis Broadband

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dalam satu surat bertarikh 30 Mei 2011 membuat permohonan kepada semua Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia termasuk TM Net, Maxis, Celcom, Digi, YTL Communication dan TIME dot Com untuk menghalang akses kepada beberapa buah laman perkongsian media.

Antara laman web yang disenaraikan ialah, www.warez-bb.org, thepiratebay.org, movie2k.to dan beberapa laman perkongsian media seperti duckload.com, fileserve.com, filestube.com dan megaupload.com.

Sekatan akses ke laman-laman tersebut adalah untuk menghalang berlakunya perkongsian fail multimedia seperti muzik dan video yang melanggar akta hak cipta dan undang-undang Malaysia.

P/S: Banyak alternatif di dunia Internet yang ada walaupun yang ini kena sekat. Realiti.

Comments

10 responses to “SKMM Sekat Laman Perkongsian Media”

  1. hasrulhassan Avatar

    Salam.
    Dalam satu sudut, memang nampak ia merupakan jalan yang terbaik. Tetapi dari satu sudut yang lain, akan wujud pula alternatif yang lain, yang mungkin boleh undang bahaya.

    Info yang sangat2 berguna.

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju. Tapi satu langkah proaktif daripada MCMC untuk mengurangkan gejala cetak rompak di Internet, walaupun usaha ni nampak sukar sebab kita ada banyak alternatif.

  2. Hans Avatar

    hopefully media fire terselamat
    ekekekek

    Review Filem KL Gangster

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. Ada banyak lagi sumber. :)

  3. azka Avatar

    dulu 3-4 tahun lepas tak silap aku dah jadi isu piratebay ni, syarikat2 kat us nak saman. tapi last2 sekali piratebay ni menang juga sebab benda legal ini kat belah euro sana. cuba search cek balik benda ni, tu aku pelik kenapa malaysia bising2 pula.

    tapi kalau korang perasan dah banyak web sebabnya diblok kat malaysia ni dalam 2-3 tahun kebelakangan ni. cuma diorang tak declarekan benda ni. otak lah macam ni bab kata che-armad bayar bil beratus2 + gst tax

  4. Wanie Avatar

    bila skmm dah block, lg berkembang lah ilmu2 backdoor utk pecah masuk ke websit2 tersebut ^^,

  5. titan Avatar

    jangan dikacaunya mediafire sudah la..

  6. adly Avatar
    adly

    b***hlah umno ni..

  7. Kumpulan X puas Hati Avatar
    Kumpulan X puas Hati

    Persoalannya di sini, kenapa web lucah, porno yang melambak-lambak tu tak disekat lak dek SKMM? Orang SKMM nak tengok lucah ke? Patut la tak kena sekat pun. Web download kena pula yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *