Blog

  • Facebook Gambit Saifullah di Godam

    Facebook Gambit Saifullah di Godam

    Ajaib! Awal pagi ini satu entri ditulis oleh Gambit Saifullah selepas dia selesai mengerjakan solat subuh, berikut adalah petikan daripada Nota di Facebooknya,

    fb-gambit-saifullah-digodam

    Saya rasa akaunnya telah di godam oleh peminat setianya kerana pada pemerhatian saya, Gambit Saifullah tidak pernah update akaun Fan Pagenya melalui Facebook, kerana dia menggunakan akaun Twitternya untuk update status. Satu lagi nas yang membuktikan bahawa bukan beliau yang menulis ‘penjelasan’ di atas adalah kerana gaya penulisannya yang langsung tidak professional.

    twitter-gambit-saifullah

    (more…)

  • Kadar Parking Kereta Pavilion Kuala Lumpur

    Kadar Parking Kereta Pavilion Kuala Lumpur

    Berapa sebenarnya kadar letak kereta di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur? Kadar letak kereta menjadi isu sekiranya ke Bukit Bintang sama ada ke Plaza Low Yat atau berniat untuk ke Berjaya Times Square.

    Kalau ke Plaza Low Yat, pengguna menggunakan tempat letak kereta Plaza Sungei Wang atau kawasan sekitar yang mengenakan kadar RM5 sekali masuk.

    Sesuai dengan kemegahan Pavilion sebagai pusat barangan mewah di Malaysia, anda perlu membayar RM3 untuk satu jam pertama dan jam berikutnya RM2 pada setiap hari minggu dan RM3 jam kedua pada hujung minggu.

    (more…)

  • Night Town Bandar Baru Nilai

    Night Town Bandar Baru Nilai

    Pengurusan Nilai Night Town dengan kerjasama Majlis Perbandaran Nilai telah menganjurkan Nilai Night Town Bandar Baru Nilai. Pasar malam yang dikenali sebagai Uptown Nilai akan dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula 6 petang hingga 1 pagi.

    Jika anda seorang peniaga dan mahu menyewa tapak jualan, berikut adalah harga sewaan tapak kerana pasar ini akan beroperasi pada 11 Jun 2011.

      RM350 (230 tapak) untuk tapak barang kering.
      RM250 (20 tapak) untuk makanan ringan.
      RM700 (7 tapak) untuk tapak makanan.

    Anda boleh hubungi Efizi (0173979121) atau Firdaus (0149254324).

    Night Town Bandar Baru Nilai

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • Steamboat Uptown Seksyen 23 Shah Alam

    Steamboat Uptown Seksyen 23 Shah Alam

    Selepas kenyang dua kenduri di Klang, Rombongan Jalan Puyuh yang disertai Hilmi Johan, Azren Nor Azwi dan Ameen Zomby. Kami mencari alternatif untuk makan malam. Kami ke Uptown Seksyen 23 Shah Alam untuk steamboat dan air kelapa (dibaca ayaq nyoq) untuk mengisi perut. Alhamdulillah kenyang :)

    Steamboat Uptown 23 Shah Alam

  • Selamat Pengantin Baru Cik Wan Hartini!

    Selamat Pengantin Baru Cik Wan Hartini!

    Tahniah! Harini ini merupakan hari bersejarah buat Cik Wan Hartini yang menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya. Beliau merupakan pensyarah kami di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM. Semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.

  • Kronologi Perang Gambit Saifullah dan Blogger Malaysia

    Saya isytiharkan yang sekarang beberapa orang Blogger sedang melenting selepas kenyataan balas Gambit Saifullah berhubung muzik video Prema Yin yang dikatakan keterlaluan.

    Saya sebagai pemerhati berasa kecewa dengan sikap kedua-dua belah pihak dimana Gambit Saifullah tetap berkeras untuk mempertahankan tindakannya dengan menggelar para blogger yang melenting sebagai anjing yang menyalak melalui akaun Twitternya.

    Para blogger dan peminat seni tanah air turut meluahkan perasaan tidak puas hati di Facebook Gambit Saifullah dengan kata-kata yang kurang enak didengari.

    Saya berharap perkara ini akan menemui penyelesaian kerana pergaduhan ini tidak akan membawa untung kepada siapa. Gambit sebagai seorang ‘artis’ seharusnya bijak menangani situasi ini secara professional dan para peminat tidak perlu menggunakan kata kata kesat untuk memaksa Gambit memohon maaf.

    (more…)