Buah rambutan Anak Sekolah sekarang mula dijual dengan harga promosi, sekilo RM3, dua kilo RM5 berbanding dua minggu lepas yang mana stok rambutan anak sekolah baru tiba. (more…)
Blog
-

Churp Churp Race 2: 7507 dan Mendahului
Kalau ikut carta, memang ketinggalan sangat dah. Leader kita dah mencecah 7k, kita baru terhegeh hegeh dengan 200 lebih. Strategi apa dia guna nak dapat sampai 7k? (more…)
-

Sarapan Pagi di Jeti Kuala Perlis
Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai di bumi Perlis. Sepatutnya turun di Stesen Bas Kangar, tapi terlajak sampai ke Stesen Bas Kuala Perlis.
Sementara tunggu dijemput adik, singgah sarapan dulu di depan Jeti Feri Kuala Perlis. Ada 5 kedai makan di sini, tapi kedai paling sibuk dan ramai orang ialah kedai hujung. Selain selesa, saya dapati banyak menu ditawarkan selain daripada roti canai, nasi lemak, ada juga roti arab. (more…)
-

Minit Hot Tiket dicaj Blok 60 Saat Mulai 4 Julai
Berita cukai kerajaan 6% akan dibincangkan mungkin sudah basi. Bagi pengguna setia Hotlink yang belum tahu, Maxis Telecommunication kini sedang berbincang untuk mengenakan cukai 6% kepada setiap kad tambah nilai yang dijual. Jika sebelum ini anda menerima kredit RM10 atas setiap pembelian, selepas ini anda akan menerima RM9.40.
Sebelum ini, cukai 5% diserap dan ditanggung oleh pengguna pascabayar dalam bil mereka.
Hari ini, Hotlink menghantar SMS kejutan kepada pengguna setia mereka atas kesetiaan kita kepada Hotlink. (more…)
-

Pecal Ayam Pecal Lele Padang Jawa
Hari terakhir di Shah Alam, Apek dan Mat Adi buat geram nak makan Pecal Lele dan Pecal Ayam di Padang Jawa. Penggemar pecal akan singgah sini kalau nak melepaskan gian.
Menunya nasi putih dan pecal ayam atau ikan keli. Sekali hidang sama Extra Joss, RM5.50. (more…)
-

Keputusan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Pusingan 1 Asia
Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun mendahului Taiwan, Taiwan dilihat mempunyai kelebihan kerana mempunyai away goal.
Berikut adalah keputusan perlawanan kelayakan di gelanggang lain. Perlawanan kedua akan diadakan pada 29 Jun (Ahad) dan akan disiarkan secara langsung di TV1 jam 6.45 petang.
Malaysia 2 – Chinese Taipei (Taiwan) 1
Mongolia 1 – Myanmar 0
Sri Lanka 1 – Filipina 1
Nepal 2 – Timor Leste 1
Kemboja 4 – Laos 2 (more…)






