Blog

  • Rahsia Sky Tee Mendahului Churp Churp 2

    Rahsia Sky Tee Mendahului Churp Churp 2

    Alamak, dalam entri lepas, Sky Tee mengumpul 7507 mata dan menggungguli di hadapan. Dan hari ini ketika entri ini ditulis, beliau mengumpul 10,714; masih lagi di hadapan. Bagaimana agaknya dia mampu mengungguli kedudukan pertama walaupun hari ini dilihat semakin dicabar oleh Nicky Kuan (10,414) dan Himpunan Lawak Jenaka (8,400).

    Leaderboard Churp Churp Race 2
    Carian di Google menemukan saya dengan satu posting di Facebook. Mungkin cara promosinya ialah 100% Facebook kerana saya tidak menjumpai Twitternya; berbanding Nicky Kuan yang mempunyai akaun Twitter dan Himpunan Lawak Jenaka yang terkenal dengan Fan Pagenya di Facebook.

    (more…)

  • Kerajaan Sekat Hasrat Astro Naik Harga

    Jumaat lepas, Kabinet memutuskan Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti perkara ini.

    Rais berkata Astro seharusnya memikirkan tentang rakyat dan tidak sekaligus menaikkan harga sedemikian.

  • Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia

    Harimau Malaya 2011
    Jadual Perlawanan bagi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia dikeluarkan semalam selepas selesai perlawana pusingan pertama Piala Dunia Zon Asia semalam.. Malaysia akan bertemu Singapura pada 23 Julai ini selepas pasukan tersebut mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama kelayakan zon Asia.

    Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Julai ini.
    (more…)

  • Kedudukan Carta Era 40

    Kedudukan Carta Era 40

    Kedudukan Carta Era 40

    Minggu ini, lagu Selamat Tinggal oleh Zizan dan Dina Nadzir mengungguli Carta Era 40 dengan 50 Like di Facebook. Diikuti dengan Menyesal oleh Sixth Sense yang turun satu anak tangga pada minggu ini. Sedetih Lebih oleh Anuar Zain di tangga ketiga dengan 24 Like.

    Carta Era 40 dimeriahkan oleh Hasmin, Ray, Ira, Feeya, Beebey, Osha, Aznil Haji Nawawi, Dina Nadzir, Ily, Adifashla, Rizal, Haniff dan Reza. Berikut adalah senarai penuh Kedudukan Carta Era 1-10.
    (more…)

  • (LIVE) Keputusan Taiwan lawan Malaysia

    Kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada Rabu lepas tidak memberi jaminan kepada skuad negara apabila pengendali, Datuk K. Rajagopal berharap perbezaan gol lebih besar akan memberi keselesaan sehingga minit terakhir perlawanan.

    Saya juga akan memuat naik keputusan semasa melalui entri ini. Tonton secara live di TV2 atau di Internet di Live Streaming TV2.

    3 (1) Taiwan lawan Malaysia (2) 2

    7.00 Petang Stadium Taipei

    LIVE UPDATE MALAYSIA LAWAN TAIWAN 3 JULAI 2011 (more…)

  • Misi Menang di Taiwan

    Misi Menang di Taiwan

    Malaysia Piala Dunia 2014

    Kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada Rabu lepas tidak memberi jaminan kepada skuad negara apabila pengendali, Datuk K. Rajagopal berharap perbezaan gol lebih besar akan memberi keselesaan sehingga minit terakhir perlawanan.

    Lebih meyakinkan apabila penyerang Norshahrul Idlan Talaha akan digandingkan dengan Abdul Hadi Yahaya sebagai penyerang. Ahmad Fakhri Saarani turut digandingkan dengan Norshahrul dan di bahagian pertahanan Mahali Jasuli memperkukuhkan benteng kem Harimau Malaya.

    (more…)