Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai di bumi Perlis. Sepatutnya turun di Stesen Bas Kangar, tapi terlajak sampai ke Stesen Bas Kuala Perlis.
Sementara tunggu dijemput adik, singgah sarapan dulu di depan Jeti Feri Kuala Perlis. Ada 5 kedai makan di sini, tapi kedai paling sibuk dan ramai orang ialah kedai hujung. Selain selesa, saya dapati banyak menu ditawarkan selain daripada roti canai, nasi lemak, ada juga roti arab.Sambil sedang asyik menjamah sepinggan nasi lemak, saya terfikir kenapa kedai yang saya makan tidak disinggah walaupun tuan kedai sibuk menjemput. Di sini adalah punca yang saya kenal pasti. Kedai beroperasi dengan tiga orang pekerja, dia ambik order dan dia buat air. Jadi pelanggan akan tertunggu. Pemilik sibuk mencari pelanggan baru tetapi pelanggan yang sedang menjamah makan tidak dilayan sebaiknya.
Ada satu meja dikelilingi lebih 10 orang pelanggan. Apa salahnya diberikan satu meja tambahan untuk mereka. Selesa nak makan. Sekian.
Jika anda berkunjung ke Kuala Perlis untuk Transit ke Langkawi, anda usahlah risau kerana pelbagai kemudahan asas disediakan untuk anda. Jangan pula tak makan sebelum naik feri, nanti ada yang muntah.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Other articles you might like;
blogwalking :) nice blog there~
hai.saya nak tanya sekarang dah 2015. macam mana dengan kedai2 makan disni.masih banyak kah kedai makan di jeti kuala perlis ni?