≡ Menu

Misi Menang di Taiwan

Malaysia Piala Dunia 2014

Kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada Rabu lepas tidak memberi jaminan kepada skuad negara apabila pengendali, Datuk K. Rajagopal berharap perbezaan gol lebih besar akan memberi keselesaan sehingga minit terakhir perlawanan.

Lebih meyakinkan apabila penyerang Norshahrul Idlan Talaha akan digandingkan dengan Abdul Hadi Yahaya sebagai penyerang. Ahmad Fakhri Saarani turut digandingkan dengan Norshahrul dan di bahagian pertahanan Mahali Jasuli memperkukuhkan benteng kem Harimau Malaya.

Penjaga gol mungkin akan diisi oleh Khairul Fahmi Che Mat yang dilihat sudah diturunkan semasa latihan terakhir semalam. Walaubagaimanapun, Safee Sali tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang dialaminya pada perlawanan pertama.

Pemenang kepada perlawanan ini akan bertemu dengan Singapura dalam pusingan kedua. Nantikan perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Astro Arena dan TV1 mulai jam 6.30 petang.

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • meck July 3, 2011, 5:22 pm

    ya c’mon harimau malaya!

    • Adam Roslan July 4, 2011, 5:22 pm

      Terbaiklah. Jumpa anda di Singapura 23 Julai nanti :)

Leave a Comment