Salam. Sementara ada kesempatan menulis ni, saya menulis sikit apa yang terbuku di hati. Bukan apa, setengah daripada kita ni baik hati, tapi untuk berkongsi tu mesti dia nak faedah kat dia jugak. Lalu, diletakkan iklan sementara sampai ke blog dia. Kita bukanlah berkira sangat, iklan tu lah yang sara dia bayar bil broadband gamaknya. Tapi sampai setiap page nak klik ada adf.ly, siapa tak marah?
Ini mungkin pengalaman sedih aku dengan Adf.ly, tapi aku tak pernah jumpa lagi brader yang pasang Adf.ly ni dapat cashout setiap bulan. Kalau ada, kongsi sini aku nak menuntut. Ada beberapa andaian yang boleh aku buat daripada program Adf.ly ni kepada publisher tempatan, lebih tepat lagi kepada blogger Malaysia.
Fakta pertama tentang Adf.ly ialah program ini tidak sesuai kepada blogger tempatan kerana harga yang dikenakan kepada setiap klik adalah merepek dan tidak masuk akal. Berikut adalah SS Publisher Rates yang diletakkan oleh Adf.ly berkuat kuasa 3 Februari. Abaikan kadar yang diletakkan kerana merepek.

Berikut adalah SS pendapatan saya daripada Adf.ly selama beberapa bulan dengan beberapa klik daripada negara dibayar tinggi seperti Amerika, Canada, UK dan Australia. Juga ada klik daripada Malaysia yang memberi sedikit nilai kepada akaun.

Dengan matematik mudah, setiap klik daripada US akan memberi saya $0.002 dan klik dari Malaysia memberi saya $0.0003. Saya lebih rela mengiklankan iklan daripada ChurpChurp atau Says.my daripada menggunakan perkhidmatan Adf.ly ini kerana selain bayaran yang rendah, reputasi laman blog anda boleh terjejas. Bayangkan berapa link yang perlu anda letak untuk mendapat $1.13/CPM tetapi menyesakkan laman blog dan menyusahkan pelawat ke blog anda.
Bukan untuk menunjukkan kekecewaan, tetapi saya sebagai pengunjung blog juga akan mempunyai perasaan menyampah jika semua pautan ‘ditapis’ iklan sebelum saya mendapat sesuatu kandungan. Itu pun belum pasti berbaloi jika kandungan itu sebenarnya langsung tiada kualiti.

Leave a Reply