≡ Menu

Membeli KHKopi Lebih Mudah di KHKopi2u.com

KH Kopi

Saya mula diperkenalkan minuman KH Kopi sekitar dua tahun lepas masa tu cuti panjang sebelum masuk degree oleh seorang rakan. Dia sendiri menjalankan perniagaan ini secara sampingan untuk mendapat duit poket. Sifatnya yang rajin membolehkan dia mendapat pendapatan ulangan apabila pelanggannya memesan KH Kopi apabila bekalannya habis.

Dengan keazaman untuk mencuba saya membangunkan laman jualan KH Kopi dan Fan Page di Facebook. Untuk mencuba nasib pada awalnya. Dengan konsep bangunkan dan tinggal, saya mula mendapat beberapa panggilan untuk membuat belian. Siapa tak seronok kalau benda main-main bertukar menjadi serius. Dengan mengambil stok daripada kenalan tadi saya terus membuat jualan dan hantar melalui pos. Alhamdulillah sedikit sebanyak berjaya memberi pendapatan sampingan.

Kalau dulu hidup di Melaka hidup dengan duit servis printing, di Shah Alam lagilah. Janji lepas sekadar makan tengahari. Manakan tidak, sebagai seorang pelajar Penyiaran, banyak duit perlu dibelanjakan untuk kerja khusus dan projek setiap semester.

Selepas dua tahun membuat side income dengan menjual KH Kopi, saya sering ditanya tentang kaedah pemasaran Internet dan sebagainya. Memandangkan permintaan terhadap produk ini mendapat sambutan hangat dari seluruh negara, saya mula memikirkan untuk mempermudahkan urusan pembelian KH Kopi di Internet. Dengan perancangan ini saya membangunkan platform belian online dengan enjin OpenCart. Dengan beberapa modifikasi, salesletter dan sistem adfiliate berjaya sisiapkan.

Selain kemudahan sistem belian secara cart, pembeli lebih mudah mengesan status belian dalam laman ahli. Pembeli juga akan diberikan mata sebagai ‘rewards’ atas setiap belian yang boleh ditebus dengan produk KH Kopi.

Bagi memberi peluang kepada rakan rakan untuk menjana pendapatan secara bersama, saya menyediakan affiliate atau dropshipping dimana mereka akan menjadi ahli pemasaran secara automatik apabila mendaftar di www.khkopi2u.com/affiliate. Ringkasnya, mereka hanya perlu mempromosikan laman web ini beserta dengan tracking ID unik mereka yang diberikan dalam laman ahli. Apabila mereka berjaya mendapatkan jualan, komisyen akan dibayar.

Pemasaran hari ini menjadi lebih mudah dengan wujudnya laman sosial yang menggalakkan viral atau pemasaran mulut ke mulut. Sudah pasti mereka boleh berjaya jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Semoga apa yang saya usahakan akan memberi manfaat kepada pengamal KH Kopi dan mereka yang mahu menjana pendapatan dengan produk KH Kopi.

KH Kopi

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Rizal February 20, 2012, 11:20 am

    salam tuan, menarik website ni, berapa tuan caj untuk website yg sama seperti di atas? lengkap dengan affiliate sistem tersebut

Leave a Comment