Category: Laman Web

  • Kembalikan komen Thesis 1.8 di WordPress 4.0

    Thesis 1.8

    Salam. Pagi semalam saya terima satu e-mail daripada Sabree Hussin berkenaan masalah beliau tentang templat Thesis. Selepas menaiktaraf ke WordPress Benny 4.0, komen yang ditinggalkan tidak disenaraikan dalam single post.

    Rupanya, saya pun alami masalah yang sama dimana komen yang ditinggalkan tidak dapat dilihat di dalam single post. Selepas membuat carian di Internet, saya menemui satu penyelesaiakan di forum WordPress. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk adakan semula komen di blog anda.

    (more…)

  • Panduan lengkap bina laman web dengan Joomla

    Ebook Panduan Lengkap Pakar Joomla 2.5

    Salam. Bina laman web pada zaman sekarang bukan lagi sesuatu yang menyusahkan. Hal ini kerana banyak panduan yang mengajar langkah demi langkah untuk memasang sehinggalah proses mentadbir laman web di Internet. Joomla adalah salah satu perisian yang sangat sesuai untuk anda bagi membina laman web.

    Namun, masih ramai yang bergantung kepada pereka laman web yang mengenakan caj yang mahal. Jika anda belajar sendiri membina laman web, anda dapat jimat dari segi kewangan dan ilmu ini akan berterusan jika diamalkan. Satu panduan lengkap membina laman web dengan Joomla 2.5 telah diperkenalkan oleh saudara Khairil Izwan. Kini anda tidak lagi perlu risau akan caj atau yuran kelas belajar bina laman web yang mahal.

    (more…)

  • Panduan saiz avatar media sosial

    Panduan saiz avatar media sosial

    Bekerja dengan laman sosial memanglah sesuatu yang menyeronokkan! Dalam bidang grafik dan rekabentuk, sudah pasti anda memerlukan satu panduan khas tentang saiz gambar di laman media sosial. Luna Metrics menyediakan “The ultimate complete final social media sizing cheat sheet” yang merangkumi Facebook, Twitter, Youtube, LinkedIn, dan Google+.

    Jangna risau, semua saiz disediakan termasuk gambar profail, gambar cover, gambar timeline dan banyak lagi!

    (more…)

  • Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup

    Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup

    Backup

    Baru baru ini, saya ‘terkena’ dengan sebuah syarikat hosting di Malaysia. Kesemua fail dan data saya hilang dalam satu proses perpindahan pelayan. Kebiasannya, penyedia akan menyediakan backup harian, mingguan atau bulanan.  Lebih menyedihkan, tiada sandaran (backup) harian disediakan oleh penyedia tersebut. Jadi, mereka restore data saya dengan sandaran terakhir mereka pada bulan lepas.

    Selepas daripada itu, apa yang saya belajar ialah cuba buat sandaran sendiri dan jangan bergantung kepada penyedia kerana mereka tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan fail atau database. Mungkin dalam promosi ada menawarkan sandaran harian, tetapi bila berlaku kehilangan data, kita yang merana.

    (more…)

  • JomSocial 2.8 RC2 kini dilancar

    Selepas melancarkan JomSocial RC1 pada minggu lepas, hari ini RC2 telah dilancarkan kepada pengguna awam dengan pelbagai baikpulih yang dilaporkan oleh pengguna sedia ada dan pasukan pembangun JomSocial.

    Untuk maklumat, JomSocial 2.8 RC2 ialah terbitan terakhir untuk pengguna awam sebelum diterbitkan dalam versi penuh dalam masa terdekat.

    Pengguna Internet dan webmaster boleh memuat turun fail ini di laman forum JomSocial mereka di sini.

  • (TUTORIAL) Pasang Iklan Nuffnang di Blog WordPress

    (TUTORIAL) Pasang Iklan Nuffnang di Blog WordPress

    Hari ini saya diajukan beberapa soalan oleh newbie, Abdul Hanan tentang WordPress sebagai platform menulis blog. Antara soalan yang saya fikir menjadi keutamaan ialah bagaimana untuk meletakkan kod iklan (Nuffnang, Advertlets, Innity atau Mangga Ads) di Blog berasaskan WordPress. Saya permudahkan proses meletakkan iklan di blog WordPress kepada tiga langkah mudah. Dalam contoh ini saya akan gunakan iklan daripada Nuffnang.

    1. Log masuk ke Nuffnang.com.my, klik Add Ads dan dapatkan kod iklan.

    (TUTORIAL) Pasang Iklan Nuffnang di Blog WordPress

    (more…)