Tag: Buat Duit Dengan Blog

  • Blog ialah kedai maya yang juga perlukan pelanggan 


    Saya perlu menulis lebih kerap dan konsisten lepas ni. Saya hairan macam mana blogger kental macam Cikgu Faizal (beliau menulis di ahmadfaizal.com) menulis dengan konsisten setiap hari. 

    Setiap hari ada barang baik dibawa masuk. Diletakkan dalam kedai supaya pelanggan tertarik dan akhirnya terbeli. 

    Kandungan yang tidak menjual, tapi crowd yang masuk masih mahu membeli. Fuh power. 

    Setahun kebelakangan ni saya sibuk menulis di blog yang menjual, saya fokus. Fokus satu produk. Banyak hasilnya di sana. Tapi kat sini tak boleh lupa. 

    Ada tips tak macam mana nak menulis dengan konsisten setiap hari? Blogwalking tak boleh lupa.

  • Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak CPA di Blog

    Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak CPA di Blog

    Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak Iklan CPA di Blog

    Dunia penulisan blog hari ini tidak boleh dipisahkan dengan pengiklanan. Semasa zaman penulisan blog masih lagi baru, pengguna Internet masih lagi di Friendster dan MySpace, pengiklanan bukanlah sesuatu yang menjadi isu kenapa mereka menulis blog. Tetapi zaman telah berubah dimana semua penulis blog berlumba-lumba memasukkan iklan untuk buat duit dengan blog seiring dengan saranan Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Internet sebagai medium menjana pendapatan. Jadi, apakah tip blogging terbaik untuk mereka?

    Mungkin terlalu taksub, penulis blog hari ini banyak menggunakan taktik kotor (black hat) untuk mendapatkan klik ke laman web masing-masing bagi membolehkan blog mereka terus menjadi mesin wang. Antara yang dilakukan oleh mereka ialah meletakkan entri berbaur lucah (termasuk seksi), berkongsi fail yang mempunyai hak cipta dan menggunakan tajuk yang ‘misleading’. Saya menghormati penulis Azmie (menulis di www.azmie.net), yang menulis sejak tahun 2003 dan sehingga hari ini blog beliau meletakkan iklan yang amat minimum.

    Entri ini bukanlah untuk menghalang penulis blog daripada meletakkan iklan ataupun buat duit dengan blog, tetapi sekadar untuk mengingatkan sama sendiri tentang iklan CPA. Meletakkan iklan berbentuk banner atau iklan kreatif lain seperti popup sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penulis blog di Malaysia. Namun, kehadiran iklan berformat CPA atau Cost Per Action sedikit merencatkan proses sesebuah blog.

    (more…)

  • Buat Duit daripada Internet

    Petang tadi, dapat satu soalan daripada Jeff tentang bagaimana nak dapatkan duit daripada internet. Daripada pemahanan seorang Adam Roeslani, Internet cumalah sebagai medium untuk mendapatkan wang dan dengan kata lain Internet boleh memberikan wang melalui usaha yang kita lakukan di Internet.

    Usaha mencari wang di Internet sudah menjadi satu kegilaan pada masa kini — banyak buku-buku yang dijual untuk memulakan perniagaan Internet atau menjana pendapatan daripada Internet ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Setelah menjalankan kajian di Google, sebenarnya banyak cara untuk membuat duit di Internet tetapi lebih banyak menumpukan satu kaedah untuk membuat wang. Menggunakan keyword “cara buat duit di internet” telah membawa anda 224,000 keputusan carian di Internet. Jadi, di sini saya simpulkan beberapa cara untuk membuat di Internet hasil daripada carian saya.
    (more…)