≡ Menu

Servis Peel Away Ads Design dan Setup

Pengiklanan memerlukan satu kaedah yang berbeza daripada yang lain. Kebiasaannya di Internet kita sering terdedah dengan iklan teks, iklan bergambar dan iklan interaktif. Oleh kerana iklan ini terlalu dominan dengan kita, ramai yang mula mencari kaedah baru untuk mengiklan bagi menarik minat pengguna.

Satu kaedah yang saya temui ialah dengan menggunakan kaedah Peel Away. Iklan Peel Away ialah dengan cara meletakkan iklan disebalik sesebuah muka laman. Maksudnya, anda akan ternampak satu tag di penjuru atas sebelah kanan laman web anda seperti melambai-lambai dan apabila anda melalukan kursor ke atasnya, tag tersebut akan terbuka dan iklan akan terpapar. Cara ini telah diperkenalkan oleh John Chow yang telah menjana lebih USD$40 000 sebulan berbekalkan trafik yang tinggi dan cara pengiklanan yang berkesan. Cara iklan ini juga didapati berjaya menarik 27% perhatian pengguna berbanding iklan biasa.

Mazlie Nadzri telah melancarkan perkhidmatan merekabentuk dan memasang Peel Away Ads yang saya maksudkan ini. Beliau menawarkan harga serendah RM40 untuk servis ini dan amat berbaloi untuk pengiklanan produk anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke minisite Mazlie Nadzri Peel Away Ads Design & Setup di www.peelawayaddesignsetup.com

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • hazman aka species1980 April 15, 2009, 7:25 pm

    teknik yang menarik untuk tambahnilai blog kita….

  • Adam April 15, 2009, 7:33 pm

    @Hazman – Sesuai untuk pengiklan affiliate yang taknak tengok page serabut dengan button, kan? :)

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: