Membeli dan menyimpan emas fizikal merupakan aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Mereka sedar bahawa pelaburan ini sangat menguntungkan dan boleh menjana kekayaan berbanding pelaburan yang lain.
Dalam keghairahan kita melakukan pelaburan emas kita dapat lihat ramai di antara orang kita yang kerugian besar seperti:
- Menjual semula emas dengan harga yang rendah daripada harga yang dibeli.
- Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.
- Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas.









