Tag: Maharaja Lawak

  • (VIDEO) Sorotan Maharaja Lawak Mega 2013: Minggu 1

    Selepas sambutan hangat Maharaja Lawak Mega 2012 pada tahun lepas, kali ini Maharaja Lawak Mega 2013 hadir dengan lebih gah. Barisan pelawak terkenal seperti Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ termasuk tiga peserta kerusi panas, Mamu, Zero dan Gerak.

    (more…)

  • #JDM11 – KTM Shah Alam – KL Sentral

    #JDM11 – KTM Shah Alam – KL Sentral

    Semalam dah selesai Maharaja Lawak. Sepah juara dan dia dapat 350,000.00 bahagi tiga orang. Harini berlangsungnya Joomla! Day Malaysia 2011 dan Adam dapat pas sebagai pelajar tajaan myHarapan.

    Nak gunakan sepenuhnya kemudahan, gambar beserta keterangan akan dimuatnaik di sini. Jom follow Joomla! Day Malaysia di adamroslan.com :)

    (more…)

  • Keputusan Maharaja Lawak – Sepah Juara Maharaja Lawak

    Juara Maharaja Lawak – Sepah
    Tempat kedua – Jozan
    Tempat ketiga – Nabil
    Tempat keempat – Jambu

    Nabil tak payah jadi juara pun dapat 150k

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • (REVIEW) Pusingan 2 Muzikal Maharaja Lawak Akhir

    Nabil
    Nabil membuka gelanggang pusingan kedua dengan persembahan muzikal menjampi lalat menjadi band the lalat. Lagu Brunos Mars yang panjang membuatkan penonton hilang fokus dan AC Mizal mengejar untuk menamatkan persembahan.

    Jambu
    Purnama Merindu dan Teratai Layu di Tasik Madu, duo penyamun yang akhirnya ditangkap oleh Inspektor Heliza. Tagline Sabun di Bilik Mandi Sabun menghiburkan!

    Sepah
    Kemunculan Dafi sebagai orang ketiga dalam kehidupan Jep dan keluarga tidak dapat diduga. Selepas merajuk, Shuib menelefon Dafi dan mereka bahagia sebagai sebuah keluarga baru.

    Jozan
    Mail Lambung dan Ah Chai bertembung dalam satu pergaduhan penuh muzikal untuk merebut kawasan. Mail Lambung menang dengan cara pukul curi. Mail Lambung dan Ah Chai akhirnya bersatu dengan membuka Pusat Jagaan Warga Emas.

    Persaingan sengit. Jika dari segi populariti, Jozan dilihat sebagai juara Maharaja Lawak diikuti Sepah, Jambu dan Nabil. Apa pendapat anda?

    (more…)

  • (LIVE) Maharaja Lawak Akhir 2011

    (LIVE) Maharaja Lawak Akhir 2011

    Maharaja Lawak Akhir 2011 Promo oleh Syazwan

    Kehangatan terasa. Siapa bakal menjadi juara Maharaja Lawak 2011? Jozan, Jambu, Nabil dan Sepah akan membuktikan lawak siapa yang berjaya memenangi hati rakyat Malaysia.

    (more…)

  • Sibuknya Stesen Bas Kangar

    Sibuknya Stesen Bas Kangar

    Malam ni saya akan ke Shah Alam, melawat rakan rakan di Jalan Puyuh. Nak tanya khabar apakah sihat mereka disana. Selepas itu akan ke Kuala Lumpur City Center (KLCC) untuk Joomla! Day 2011. Sebelum itu kalau layaknya, saya nak ke Stadium Melawati Shah Alam menonton pertandingan Maharaja Lawak Akhir. Kalau ada pass lah.

    Berbincang pasal Stesen Bas Kangar, bukanlah usang untuk menampung lebih 20 bas ekpress pada sebelah malamnya, tapi saya fikir tidak lagi efisien. Stesen bas tiga lorong ini terlalu padat untuk bas ini menaik dan menurunkan penumpang. Contohnya malam ini saya naik Bas AB Ekspres, hampir 45 minit terlewat. Bukan bas ini saja tapi semua bas. Bas pertama yang bertolak pun terlewat hampir 30 minit.

    Cadangan kerajaan Negeri Perlis membina stesen bas berpusat di Seriab amatlah dipersetujui. Wujudnya stesen bas berpusat memudahkan pengguna sama ada rakyat tempatan atau pelancong yang transit untuk ke Pulau Langkawi.

    Melaka Sentral boleh dijadikan model terbaik dan termoden selain Puduraya dan Terminal Bandar Tasik Selatan yang canggih dengan teknologi terkini. Semua pengangkutan awam diletakkan di suatu tempat dan memudahkan para pengguna, tidak seperti situasi sekarang yang mana pengguna perlu berjalan hampir 200 meter untuk menggunakan perkhidmatan bas domestik dan sebaliknya.

    (more…)