
Salam. Sejak Sabtu lepas, Adam berada di Cheras kerana minggu ini adalah ‘Study Week’ kepada kami pelajar UiTM seluruh Malaysia. Minggu ini juga Umi dan Hawa datang dari Perlis untuk bersama Amira. Adam membawa Umi dari hotel penginapan ke Cyberjaya. Selepas menghantar mereka ke Cyberjaya, Adam singgah sebentar ke Mutiara Damansara untuk berjumpa dengan Pak Tam. Dia mengirimkan sebuah laptop untuk diservis. Biasalah, format dan cleankan virus. Yang menariknya, Adam dihadiahkan sepasang Crocs Athens oleh Pak Tam. Hadiah ke-20 tahun katanya. Terima kasih tau. Sebelum ni ada jugak mengidam nak sarungkan kaki dengan sandal Crocs, tapi bajet tinggi sangat.
Bercerita tentang Crocs, diasaskan oleh George B. Boedecker, Jr pada Julai 2002, mulanya merupakan selipar (kasut atau sandal) untuk aktiviti sukan air kerana sifatnya yang tidak gelincir. Pada tahun 2003, jenama ini telah menjadi popular dan menjadi jenama fesyen dan keselesaan. Selepas daripada itu, jenama Crocs telah mendapat tempat kepada seluruh pengguna di seluruh dunia. Crocs yang beribu pejabat di Kanada mempunyai kilang pembuatan kasutnya di seluruh dunia seperti di Itali, Mexico, China, Brazil, Vietnam, Bosnia, dan Romania.
Mari, Adam kongsikan beberapa trivia tentang Crocs ini.
- Crocs adalah kependekan kepada Crocodile (Bahasa Malaysia: buaya), yang mempunyai kekuatan di air dan darat berbanding haiwan pemangsa lain. Mereka membayangkan Crocs adalah segagah dan sekebal buaya.
- Bahan asas Crocs ialah ethylene vinyl acetate atau dikenali sebagai Croslite. Bahan ini bukan seperti getah atau plastik yang mana ia tidak menyerap air, anti-bakteria dan kulat dan juga tiada toksin.
- Crocs memegang empat patent yang meliputi semua produk kasutnya; U.S. Patent No. 6993858 B2 diisu pada 7 Februari 2006, dan U.S. Patent Nos. D517788,, D517789 dan D517790 diissu pada 28 Mac 2006.
- Crocs telah mengeluarkan lebih 70 rekabentuk kasut seperti alice, athens, baja, off road, islander, malindi, prima dan sobek yang mana untuk golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak.
- Di Malaysia, terdapt 15 buah kedai konsep Crocs di pusat membeli belah utama seluruh Malaysia seperti Jusco 1 Utama, East Coast Mall Kuantan, Mid Valley Megamall dan Queensbay Mall Penang.
Rasanya itu sahaja untuk posting kali ini. Gambar hiasan di atas adalah hasil petikan kamera oleh Saudara Bugis di Crocs Mid Valley. Selepas gambar berjaya ditangkap, dia ditegur oleh salesman Crocs yang melarang mengambil gambar di dalam permis.

Leave a Reply