≡ Menu

Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?

Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?Sejak blog menjadi medium utama kepada orang ramai untuk berkongsi kisah menarik mereka di Internet, muncul beribu-ribu blog baharu saban hari. Paling tidak, mereka akan berkongsi gambar atau video yang difikirkan menarik kepada orang ramai. Niche epik dan humor dipercayai mempunyai pengikut yang ramai kerana mendedahkan gambar-gambar pelik yang tidak boleh didapati di media arus perdana seperti gambar kemalangan, gambar separa lucah atau isu-isu yang hanya ‘halal’ di Internet dan ditapis di media arus perdana.

Contoh blog yang terkenal dengan niche ini ialah Blog Serius dan Oh! Tidak yang memulakan trend ini. Kemudian, datang pula beberapa nama lain dan hari ini ramai yang mengambil gambar-gambar daripada sekitar Internet untuk dijadikan artikel di blog mereka. Namun demikian, kehadiran muka-muka baru ini menjadikan niche ini penuh dengan lambakan blog-blog dan mereka bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pembaca.

Bagi mendapatkan pembaca setia, atau mencuri perhatian umum bagi menjenguk laman blog mereka, mereka terpaksa mencari bahan yang kadang kalanya tidak sesuai untuk dipaparkan seperti yang saya sebutkan di atas. Sejak wujudnya Internet pada 1970-an, satu slanga Internet iaitu NSFW turut popular. NSFW ialah kependekan daripada not suitable/safe for work. Kebiasannya, NSFW ialah tag yang digunakan di dalam e-mail, video atau gambar yang menandakan bahawa kandungan di dalam pautan tersebut mengandungi bahan berbaur lucah dan tidak sesuai ditonton di tempat umum seperti di pejabat atau sebagainya.

Oleh yang demikian saya mencadangkan agar rakan blogger meletakkan tag #NSFW ini bagi menandakan bahawa entri mereka mengandungi kandungan yang bertapis selain menggunakan tajuk yang manis dibaca dan tidak keterlaluan atau lucah.

Selain daripada berhibur dan mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu melalui blog epik atau humor ini, namun mungkin ada yang tersinggung dengan kandungan tanpa tapisan yang dimuatkan oleh penulis blog ini dek mengejar trafik. Jadi sebagai penulis yang bijak, mereka mestilah sentiasa memberikan sesuatu yang berilmu kepada pelawat mereka dengan menyelit nilai-nilai moral yang sering diserapkan oleh Bro Obefiend dalam setiap tulisan beliau.

Sumber: Wikipedia – Not Suitable For Work

Other articles you might like;

18 comments… add one
  • Pacifista September 4, 2011, 3:07 am

    memang banyak pun sekarang ni aku tengok blog yang mengikut trend niche ala-ala blogserius tu.yang lagi menggamit suasana bila entri tu berbaur lucah yang sememangnya sensitif bagi aku.kalau jumpa kat triberr memang aku remove terus :p dengan usernya sekali aku remove.hehe :D

  • Blogger Newbie September 4, 2011, 4:35 am

    Terikut2 tu bnyk. mgkn sbb dorg tgk dari sudut sambutan di situ. trafik menjadi kegilaan lak. Walhal niche yg tu bukan dalam bidang dia. anyway hope all blogger2 in luck. then bina hala tuju sendiri ikut minat , target dan hala tuju. jgn terikut2 :D

    Plg penting baik buruk artikel tu ada moral, input or natijah yg bagus

    Nice artikel dude.

  • titan September 4, 2011, 6:05 am

    bagi aku atk ada salahnya. Memeriahkan dunia blogging. Hoho..

  • SS September 4, 2011, 8:34 am

    kalau selalu buat entri NSFW pun meluat gak. haha

  • aried September 4, 2011, 9:08 am

    bgi aried, NSFW ini mmg satu perkara penting. tpai ramai yg tak tahu… satu cadangan yg bagus!

  • Azah September 4, 2011, 9:14 am

    Blogger sekarang tau kejar trafik je. Dan tak kisah nak jaga mentaliti pembaca

  • Hazmin Hamudin September 4, 2011, 1:06 pm

    baru tau ada istilah NSFW ni…dah macam need for speed (NFS) la plak kan..hehe…setakat ni masih belum ada lagi entri macam tu kat blog…

  • Ahmad Fikrizaman September 4, 2011, 1:16 pm

    bila ada blog nsfw ni buat aku rasa nak fap bukak.. huhu.. kena tahan ni.. nasib baik la blog aku dah macam ke arah ada niche sendiri.. kalau tak, mungkin ada NSFW jugak..

  • akakcomey September 4, 2011, 1:19 pm

    Akak setuju

  • akakcomey September 4, 2011, 1:20 pm

    Blog baru akak

  • JustKomen September 4, 2011, 1:37 pm

    ntah apa yang korang nk ikutkan ngan obefiend. mentaliti apa yang dia ada ? korang dah korek dan tahu ke apa yang dia fikirkan? cuba cari2 kt tenet pasal dia.. dia tu semua ikut logik akal. sampai kata manusia dari group kuturunan monyet atau cimpanzi. lawak2. tapi masih disanjung..

  • hazwan dot com September 4, 2011, 3:08 pm

    kadang-kadang depend pada pembaca jugak
    kalau yang jenis tak kisah macam aku takde hal kot

  • Ekspresi Ruang September 4, 2011, 10:25 pm

    oo br tau. slalu tgk dlm blog serius. dok wonder gk sblom ni apakemenda la nsfw tu. huhu. thanks for the info :)

  • alamonline September 5, 2011, 8:00 am

    NSFW ni menjadikan kita lebih berhati-hati bila nak buka sesuatu entry blog…

  • alia September 6, 2011, 12:37 pm

    i think itsmesaiful.com should take note..

  • Sya Isya September 8, 2011, 11:27 pm

    erk..baru ni first time jumpa nsfw ni

Leave a Comment