≡ Menu

Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?

Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?Sejak blog menjadi medium utama kepada orang ramai untuk berkongsi kisah menarik mereka di Internet, muncul beribu-ribu blog baharu saban hari. Paling tidak, mereka akan berkongsi gambar atau video yang difikirkan menarik kepada orang ramai. Niche epik dan humor dipercayai mempunyai pengikut yang ramai kerana mendedahkan gambar-gambar pelik yang tidak boleh didapati di media arus perdana seperti gambar kemalangan, gambar separa lucah atau isu-isu yang hanya ‘halal’ di Internet dan ditapis di media arus perdana.

Contoh blog yang terkenal dengan niche ini ialah Blog Serius dan Oh! Tidak yang memulakan trend ini. Kemudian, datang pula beberapa nama lain dan hari ini ramai yang mengambil gambar-gambar daripada sekitar Internet untuk dijadikan artikel di blog mereka. Namun demikian, kehadiran muka-muka baru ini menjadikan niche ini penuh dengan lambakan blog-blog dan mereka bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pembaca.

Bagi mendapatkan pembaca setia, atau mencuri perhatian umum bagi menjenguk laman blog mereka, mereka terpaksa mencari bahan yang kadang kalanya tidak sesuai untuk dipaparkan seperti yang saya sebutkan di atas. Sejak wujudnya Internet pada 1970-an, satu slanga Internet iaitu NSFW turut popular. NSFW ialah kependekan daripada not suitable/safe for work. Kebiasannya, NSFW ialah tag yang digunakan di dalam e-mail, video atau gambar yang menandakan bahawa kandungan di dalam pautan tersebut mengandungi bahan berbaur lucah dan tidak sesuai ditonton di tempat umum seperti di pejabat atau sebagainya.

Oleh yang demikian saya mencadangkan agar rakan blogger meletakkan tag #NSFW ini bagi menandakan bahawa entri mereka mengandungi kandungan yang bertapis selain menggunakan tajuk yang manis dibaca dan tidak keterlaluan atau lucah.

Selain daripada berhibur dan mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu melalui blog epik atau humor ini, namun mungkin ada yang tersinggung dengan kandungan tanpa tapisan yang dimuatkan oleh penulis blog ini dek mengejar trafik. Jadi sebagai penulis yang bijak, mereka mestilah sentiasa memberikan sesuatu yang berilmu kepada pelawat mereka dengan menyelit nilai-nilai moral yang sering diserapkan oleh Bro Obefiend dalam setiap tulisan beliau.

Sumber: Wikipedia – Not Suitable For Work

Other articles you might like;

18 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3