
Dalam memantau harga dan bercerita tentang harga emas semasa, rakan-rakan saya selalu bertanya bilakah harga emas akan turun dan banyak lagi soalan yang membawa maksud yang sama. Paling menarik, mereka memberitahu bahawa harga emas semasa adalah mahal dan mereka menanti harga emas turun sebelum mereka berfikir untuk membeli dan menyimpan emas.
Bagi yang belum nampak hala tuju emas sebagai simpanan, saya kongsikan graf kenaikan emas untuk tempoh 24 jam, 30 hari, 1 tahun, 2 tahun dan 10 tahun supaya anda lebih nampak bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas dan secara tidak langsung menjawab adakah harga emas hari ini lebih mahal dan bilakah harga emas akan turun untuk dibuat pembelian.
Secara teorinya, harga emas akan dilihat turun dalam tempoh pendek seperti graf 24 jam hingga 30 hari. Penurunan ini disebabkan oleh faktor pengukuhan Dolar USD dan banyak lagi. Contohnya graf 24 jam menunjukkan pada 31 Ogos 2011, harga emas berada pada paras USD1828.50 per auns dan pada 2 September harga emas sudahpun mencecah USD1882.33 per auns. Dalam tempoh itu, graf dilihat ada naik turun dan harga terendah pada tempoh itu ialah USD1812 jam 10 masa New York pada 31 Ogos dan ini adalah peluang yang baik untuk membeli emas kerana berada pada kadar terendah dalam pasaran.
Kenaikan harga emas 30 hari 2 Ogos – 1 September.
Rendah: 1641.90 Tinggi: 1889.70
Kenaikan harga emas 1 tahun 1 September 2010 – 1 September 2011.
Rendah: 1244.50 Tinggi: 1889.70
Kenaikan harga emas 2 tahun 1 Oktober 2009 – 1 September 2011.
Rendah: 976.60 Tinggi: 1889.70
Kenaikan harga emas 10 tahun 2002 – September 2011.
Rendah: 271.30 Tinggi 1889.70
Diharapkan graf diatas dapat menambah kefahaman anda tentang naik dan turun harga emas. Harga emas di paras terendah ialah USD 271.30 per auns pada 2002 dan hari ini harga emas akan terus melambung tinggi. Jika anda mempunyai wang simpanan, terus tukarkannya kepada dinar atau bar emas sebagai simpanan.
Other articles you might like;
Hope dapat untung, bila nak turun lagi harga Emas ni
uih…terbaik la bro.aku memang tak faham pun graf kat atas tu tapi dengan penerangan ko ni,boleh la faham cikit2 :)
Bijak dahulu bijak sekarang kan bro? nice sharing dude. Membuka mata seketika. tp kocek x leh buka2 lak :D
sape lom beli..belilah sekarang satu jongkong ker.. biarlah dalam 4-5 tahun..emas ni naiknya slow and steady..hasilnya ada..jarang aku tengok emas jatuh terukkk..kalau jatuh pun, sekejap aje..pastu naik balik dengan steadynya..
Yup dah jatuh, then naik balik
bila la nak bleh beli..duit xda lgi ni..
saya membeli emas semalam dengan harga 193 dan hari ini harga emas sudah naik ke 196. memang hebat penangan emas ya.
baru order 2 dinar emas td ^^
kurang modal lah.