≡ Menu

Tempoh Permohonan BR1M 2.0 dilanjut 15 Mac 2013

Berita baik kepada mereka yang belum memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0! Portal Perbendaharaan Negara mengumumkan tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Berikut adalah langkah-langkah memohon.

Panduan Isi Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memohon dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0.

Isi rumah yang layak (RM500)

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
    – Berkahwin;
    – Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
    – Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250)

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bujang (termasuk Balu/Janda/Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Tidak layak

  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia

Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada br1m2@treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500.

Other articles you might like;

6 comments… add one
  • syaifuddin alias February 24, 2013, 9:19 am

    wah3…tahniah sape yg dapat :)

    • Adam Roslan March 1, 2013, 1:54 am

      Kalau bujang memang layak apply, tapi kalau yang dah terima baucar buku 1 Malaysia memang tak boleh.

  • Xeinz February 24, 2013, 1:30 pm

    aku x apply lg. untung la sape yang dah dapat.

    • Adam Roslan February 24, 2013, 11:50 pm

      Aku pun belum, baru apply Jumaat lepas tengok apa jawapan drpd Kerajaan.

  • Rizwan February 25, 2013, 4:48 pm

    Kalau dah pernah dapat sebelum nie kena apply lagi sekali tak?

    • Adam Roslan February 26, 2013, 3:51 am

      Tak payah apply tapi still kena buat pengesahan dekat laman web tu.

Leave a Comment