Berita baik kepada mereka yang belum memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0! Portal Perbendaharaan Negara mengumumkan tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Berikut adalah langkah-langkah memohon.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memohon dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0.
Isi rumah yang layak (RM500)
- Warganegara Malaysia;
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
– Berkahwin;
– Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
– Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama). - Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Individu yang layak (RM250)
- Warganegara Malaysia;
- Bujang (termasuk Balu/Janda/Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Tidak layak
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
- Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia
Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada br1m2@treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500.


Leave a Reply