Tag: Basikal

  • Pos Basikal dengan Pos Laju

    Pos Basikal dengan Pos Laju

    20130223-021534.jpg

    Selepas lama menabur bakti sebagai kenderaan alternatif di Shah Alam dan kini di Kinrara akhirnya satu keputusan nekad menghantar basikal ini balik ke Kangar.

    Dalam fikiran perkhidmatan kurier paling senang ialah Pos Laju sebab dekat. Kemudian timbul nama Nationwide Express dalam fikiran. Malangnya mereka menerima kiriman di ibu pejabat Di Shah Alam sahaja dan tidak di cawangan mereka.

    (more…)

  • Derailleur baru

    Haha, ini projek gila punya. Cuti yang tinggal sisa kurang daripada seminggu, baru saya terlintas untuk menaiktaraf basikal tua yang tersadai di luar rumah. Petang tadi, bersama Carl Cedin ke Toh Lee Basikal untuk mencari gear. Istilah basikalnya ialah derailleur, seperti biasa, Shimano menjadi jenama pujaan. Dengan modal RM80, saya berjaya membeli set derailleur ini. Balik rumah terus buat eksperimen memasang. Lama sudah tinggalkan dunia basikal ni, hari ini baru nak mula balik. Buat balik basikal, baru rock!