Tahun 2009 dilihat sebagai tahun pra-kejatuhan pasukan bola sepak paling Utara di Malaysia ini. Mereka layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA buat kali terakhir, menduduki tempat kedua Liga Super di belakang Selangor dengan perbezaan 7 mata. Mohd Nizaruddin Yusuf ketika itu banyak membantu Perlis mendapatkan gol dan beliau memenangi Anugerah Kasut Emas dengan 18 gol.
Tahun berikutnya, mereka terkandas dalam suku akhir Piala Malaysia dan pusingan pertama Piala FA dan berada kedudukan kedua tercorot dalam Liga Super 2010.
Pada tahun 2011 Singa Utara menjadi pasukan tercorot di Liga Super, layak pusingan pertama Piala FA dan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia. Dengan hanya 2 kemenangan, 4 seri dan 20 kekalahan memberikan mereka 10 mata berbanding Kelantan, Juara Liga Super 2011 dengan 56 mata. Situasi ini menunjuk jalan keluar dari saingan Liga Super 2011 bersama Pahang dan bermain dalam Liga Perdana 2012.
Bermain dalam Liga Perdana dengan 1001 masalah pengurusan, gaji tidak dibayar dan kemelut bookie menjadikan 2012 tahun kejatuhan bolasepak Perlis. Perlawanan pembukaan dengan MP Muar pada 9 Januari membuka pekung masalah PFA apabila dikejutkan dengan kekalahan besar 7-2 dan perlawan ini dikaitkan dengan kegiatan mengatur perlawanan. Sekali lagi pasukan dirombak namun serba tidak menjadi. Mereka ditewaskan Pahang dengan jaringan yang besar, 7-2 di Stadium Temerloh. Selepas 22 perlawanan mereka hanya menang 4 kali dan berada kedua tercorot sebelum MBJB dan disingkirkan ke Liga FAM.
Penarikan diri pasukan NS Betaria dalam kancah Liga Perdana berjaya menyelamatkan Singa Utara daripada disingkirkan. Dan kini mereka masih bergelut dalam kelompok bawahan Liga Perdana 2013.
Rakyat Perlis perlu berterima kasih kepada DSSK atas usaha beliau menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang meminjamkan dua awang import mereka selain menguruskan penjemanaan dan tajaan Worrior sebagai kit rasmi pasukan bagi tahun 2013.
1. Jika dilihat dari segi peralihan kuasa dalaman antara Datuk Seri Md Isa Sabu pada tahun 2008 menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, beberapa andaian dapat dibuat. Antaranya DSIS tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan PFA kerana masih lagi dipegang oleh DSSK sejak tahun 1995.
2. Sumbangan kerajaan Negeri kepada PFA tidak mencukupi dan DSSK menggunakan duit poket untuk menanpung perbelanjaan pasukan.
3. Semasa Perlis dibawah pentadbiran beliau, beliau menggunakan konsep menang-menang dengan syarikat binaan di Perlis seperti Bintong Construction sebagai penaja utama pasukan. Pelaburan ini berbaloi apabila Phillemon Chipeta membawa Perlis menjuarai Piala Malaysia 2004 dan 2006, Juala Liga Super 2005; dan Juara Piala Sumbangsih 2005 dan 2008.
4. Pada Oktober 2012, DSSK membuat kenyataan media beliau terpaksa berhutang dengan tiga along bagi memastikan perjalanan pasukan Singa Utara dalam Liga Perdana dapat diteruskan.
5. Masalah pembayaran gaji pemain dan pegawai adalah masalah besar kepada pasukan, dan dilaporkan gaji pemain bulan Januari masih belum dilunaskan walaupun kini bulan Mac semakin menghampiri.
6. Pemain yang terhimpit dengan situasi ini mudah terpengaruh dengan sogokan bookie dan berlakunya gejala rasuah dalam pasukan.
7. Khabar menyatakan bahawa jurulatih Yunus Alif berura keluar daripada pasukan akibat kemelut yang tidak berkesudahan.
8. Kata putus, siapa yang layak menggantikan tempat DSSK yang banyak berkorban keringat dan wang ringgit demi bola sepak Perlis walaupun ada yang kata; demi kepentingan politik.
9. Jika di selatan ada Tunku Ismail melaburkan wang ringgit untuk Harimau Selatan, bila lagi Raja Muda Perlis akan terlibat secara langsung dalam PFA kerana rakyat tahu beliau amat cintakan bolasepak Perlis.
10. Bila bekas pemain seperti Adrien Jurad Chamrong, Yusri Che Lah, atau Stepehn Keshi (bekas pemain import Perlis 2007-2008, kini jurulatih Nigeria) akan bergabung tenaga untuk mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Perlis?
11. Kini kepala sudah bertukar, bagaimana dengan badan dan ekor adakah akan bersalin kulit, akan ada transformasi besar-besaran demi bola sepak Perlis.
12. Persoalannnya siapa layak?
Other articles you might like;
ni lah jadinya bila bola dipolitikkan
tengok ni lah jadinya, bola entah kemana apa pun x jadi…
Sedih jugak. Kalau taksub sangat jadi macam ni. Kena cari yang sedang sedang saja.
campuraduk ramuan banyak sangat kan… ;)
Ramuan macam mana tu. Hehe.
Dah tiba masa FAM bubar dulu sebelum PRU-13.. Hehe
Kiranya jadi macam Parlimen Malaysia, dibubar setiap 5 tahun sekali. Logik kan.
Betul tu, sesekali berubah okla tu, wat lah undian untuk kerusi FAM.. Lagi senang.. Baru tahu kehendak rakyat…. :-) Macam politik lak… Haha
sedih plak bila gua baca. gua dulu memang ada minat gak dengan perlis. zaman yusri che lah tu..memang best gila tengok diorang main.