
Lima perlawanan pusingan kedua Piala FA 2013 berlangsung semalam dengan beberapa keputusan mengejutkan. Johor DT yang ketinggalan 2-0 kepada Kedah pada separuh masa pertama kembali bangkit mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti, sebelum layak ke pusingan seterusnya dengan keputusan 5-4.
[table id=2 /]
Khyril Muhymeen meletakkan Kedah di hadapan pada minit ke-8 dan ke-21 sebelum Daniel Guiza menyamakan kedudukan pada minit ke-69 dan ke-90 permainan. Mereka akan bertemu Selangor, pada 6 April yang telah mara lebih awal selepas menewaskan Sabah 3-0 pada 12 Februari lalu.
Pasukan Tok Gajah berkenduri gol di Stadium Darul Makmur, dengan membelasah Tentera Darat, 7-1. Gol-gol Pahang disumbangkan oleh R. Gopinathan pada minit ke-14, Azamuddin Akil (minit ke-23, 25, 48-penalti dan 68), Faizol Hussin (minit ke-37), Mohamed Borji (minit ke-85, penalti) dan gol saguhati Tentera Darat oleh Faizal Hamzah pada minit ke-65 melalui sepakan penalti.
Pahang akan bertemu pasukan Sime Darby yang menumpaskan Terengganu 1-0 di Kuala Terengganu.
Keputusan lain, Sarawak mara selepas mengalahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, 2-0; Negeri Sembilan menewaskan Pos Malaysia FC 2-0; dan Terengganu menumpaskan Pulau Pinang 3-0.
Sementara itu, perlawanan antara juara bertahan Piala FA Kelantan menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.
[table id=3 /]

Leave a Reply