(Keputusan Piala FA 2013) Pusingan 2, 26 Februari

(Keputusan Piala FA 2013) Pusingan 2, 26 Februari

(Keputusan Piala FA 2013) Pusingan 2, 26 Februari

Lima perlawanan pusingan kedua Piala FA 2013 berlangsung semalam dengan beberapa keputusan mengejutkan. Johor DT yang ketinggalan 2-0 kepada Kedah pada separuh masa pertama kembali bangkit mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti, sebelum layak ke pusingan seterusnya dengan keputusan 5-4.

[table id=2 /]

Khyril Muhymeen meletakkan Kedah di hadapan pada minit ke-8 dan ke-21 sebelum Daniel Guiza menyamakan kedudukan pada minit ke-69 dan ke-90 permainan. Mereka akan bertemu Selangor, pada 6 April yang telah mara lebih awal selepas menewaskan Sabah 3-0 pada 12 Februari lalu.

Pasukan Tok Gajah berkenduri gol di Stadium Darul Makmur, dengan membelasah Tentera Darat, 7-1. Gol-gol Pahang disumbangkan oleh R. Gopinathan pada minit ke-14, Azamuddin Akil (minit ke-23, 25, 48-penalti dan 68), Faizol Hussin (minit ke-37), Mohamed Borji (minit ke-85, penalti) dan gol saguhati Tentera Darat oleh Faizal Hamzah pada minit ke-65 melalui sepakan penalti.

Pahang akan bertemu pasukan Sime Darby yang menumpaskan Terengganu 1-0 di Kuala Terengganu.

Keputusan lain, Sarawak mara selepas mengalahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, 2-0; Negeri Sembilan menewaskan Pos Malaysia FC 2-0; dan Terengganu menumpaskan Pulau Pinang 3-0.

Sementara itu, perlawanan antara juara bertahan Piala FA Kelantan menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

[table id=3 /]

Comments

5 responses to “(Keputusan Piala FA 2013) Pusingan 2, 26 Februari”

  1. hatiputera Avatar

    Tahniah Johor DT layak ke peringkat seterusnya tetapi kyrill memang power.

    1. Adam Roslan Avatar

      Rezeki Kedah bukan untuk Piala FA. Martijo Tot pun sendiri cakap, tapi dia nak fokus naik Liga Super.

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Game kedah semalam paling best laaa… gandingan khyril-baddrol dan nielson memang gempak laaa

  3. syaifuddin alias Avatar

    Pahang macam otai je belasah TDM 7-1..hehehe ..Pahang terbaik ..Kedah hampa ..itulah bolasepak

  4. ohcikgu Avatar

    tak sabar tengok johor lawan selangor plak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *