Menjelang Pilihanraya Umum ke-13, Pakatan Rakyat mengumumkan manifesto mereka melalui media massa bagi menjelaskan kebersediaan mereka dalam merubah Malaysia.
Antara manifesto yang dikenali sebagai Manifesto Rakyat, ialah menurunkan harga kereta dan harga minyak, mengenakan caj air dan elektrik yang lebih rendah, menghapuskan tol di lebuhraya, menghapuskan monopoli, menyediakan 150,000 rumah selesa mampu milik melalui Perbadanan Perumahan Negara, menghapuskan PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma, menghapuskan sistem AES dan banyak lagi.
Ringkasan bagi Manifesto Rakyat boleh dimuat turun di laman web Pakatan Rakyat, Ringkasan Manifesto Rakyat. Untuk bacaan penuh Manifesto Rakyat dalam Bahasa Malaysia, muat turun di Manifesto Rakyat Bahasa Malaysia.
Other articles you might like;
ini ke buku jingga tu?
Bukan, Buku Jingga di sini – Buku Jingga Pakatan Rakyat
err..err..aku buat2 tak tahu jelaa..hehe
Entri terkini syaifuddin alias: 10 Orang yang Dibuang Dari Padang Mahsyar
Hehehe. Orang BN kata benda ni dah lama dijanjikan. Macam mana orang PKR?