Gol minit akhir oleh Asaruddin Putra telah membantu JDT membenam Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar, Singapura. Pasukan JDT kini mengumpul 6 mata selepas kemenangan dengan kelab India, East Bengal 4-1 pada aksi sulung di Larkin, Februari lalu.
JDT akan berkunjung ke Hong Kong untuk bertemu Kitchee pada 17 Mac ini, sebelum timbal balik di Larkin pada 14 April 2015.
Enam perlawanan Liga Super 2015 berlangsung pada 6 Mac. Felda United mula menunjukkan taring apabila mendahului carta liga apabila mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Lions XII.
ATM yang mengutip mata pertama berjaya mengikat Terengganu walaupun ketinggalan dua gol di Kuala Terengganu. Christie Jayaselan menjadi hero ATM apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.
Baru baru ini sebuah kedai basikal, Speda telah dibuka di Bandar Saujana Putra. Nama unik Speda telah membawa basikal nombor satu dari Australia, Apollo untuk pasaran tempatan.
Apollo juga mengeluarkan basikal untuk peringkat umur 3-12 tahun dengan jenama Radius. Alah membeli menang memakai kerana harganya sesuai dengan kualiti buatan berbanding basikal dari China.
Apollo mensasarkan golongan yang mahu berjinak dengan aktiviti berbasikal atau MTB. Jika anda warga Bandar Saujana Putra, ayuh ke sana. Kedai basikal Speda di Bandar Saujana Putra ini terletak di Jalan SP8/4.
Perlawanan sengit ini berkesudahan seri 2-2. Walaupun dilihat Johor DT seakan menang di laman sendiri, jaringan minit akhir dan kesilapan penjaga gol Izham Tarmizi membenarkan Gopinathan menyamakan kedudukan.
Kekalahan 1-0 kepada Qatar pada Selasa lalu menutup terus harapan Malaysia untuk layak beraksi di Piala Asia 2015 di Australia. Pada malam perlawanan juga, dilaporkan dua orang penyokong tegar bola sepak tanah air menyelinap masuk ke dalam bilik kenamaan sebelum ditahan pihak berkuasa. Penahanan dua daripada ratusan Ultras Malaya telah membuka mata banyak pihak terutama media massa.
Kebangkitan Kelantan pada 10 minit terakhir permainan memastikan mereka melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kiraan agregat 4-3 setelah terikat 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Percaturan pengendali ATM, B. Sathianathan begitu menjadi pada babak pertama apabila Marlon Alex James meledak dua jaringan pada minit ke-18 dan 35 bagi meletakkan The Gladiators berada di hadapan seketika menerusi kiraan agregat 3-2.
Namun, pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani mengubah keadaan apabila berjaya menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-82 sebelum jaringan menarik daripada ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, tiga minit kemudian memastikan Kelantan bergelar finalis Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini bagi memburu kejuaraan ketiga mereka.