≡ Menu

Kecalar Balaran

PER: Aduan Perkhidmatan Kurier Nationwide Express

Perkara diatas adalah dirujuk. Saya Adam Roeslani bin Roslan ingin membuat aduan tentang keadaan motorsikal saya selepas menggunakan perkhidmatan tuan. Untuk rujukan pihak tuan, saya menghantar motorsikal Yamaha 135 LC daripada Nationwide Melaka ke Nationwide Perlis pada 19 November 2008 dengan nombor rujukan XXXXXXX.

Setelah motorsikal tersebut sampai ke Nationwide Perlis pada 25 November 2008, saya berasa amat berdukacita kerana terdapat kesan calar yang teruk di bahagian sisi kanan motorsikal saya. Kesan tersebut merupakan kesan calar yang kekal dan mencacatkan ‘coversuit’ motorsikal saya.

Besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat mengambil perhatian yang serius tentang masalah pengendalian ini kerana ini bukanlah kali pertama saya menggunakan perkhidmatan pihak tuan dan masalah yang sama berlaku namun saya hanya bertindak untuk diam. Kejadian kali ini membuatkan saya hilang sabar daripada terus berdiam dan bertindak untuk membuat laporan.

Apa yang saya harapkan daripada pihak tuan ialah memantapkan pengurusan pengendalian semasa proses transit dari Melaka ke HQ dan sebelum dibawa ke sini. Secara logiknya, memang keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana motorsikal dihantar menggunakan lori dan akan mengalami hentakan, tetapi pihak tuan boleh mengurangkan kesan calar atau rosak pada motorsikal sekiranya mengamalkan pengendalian yang cekap.

Rasanya tiada masalah jika motorsikal diikat dengan tiang besi di dalam lori bagi mengelakkan motorsikal berlanggar antara satu sama lain jika berlakunya hentakan. Saya sendiri telah mempunyai pengalaman membawa sebuah motorsikal daripada Kedah ke Melaka dengan menggunakan lori, dan tiada kesan calar kerana motorsikal itu diikat dengan kemas. Mungkin cara operasi pihak tuan yang berbeza dengan pemahaman saya dan masalah ini tetap berlaku.

Sekiranya benar pihak tuan telah meletakkan motorsikal dengan kemas di dalam lori, masakan kesan calar yang ‘dalam’ sepertimana yang berlaku kepada saya akan terjadi. Jika proses penghantaran bukan alasannya, mungkin pihak tuan perlu memastikan motorsikal yang ditransit di HQ dilayan dengan baik kerana saya membayar kepada pihak tuan untuk servis yang terbaik.

Saya sebagai pengguna servis pihak tuan berasa amat kecewa kerana masalah ini kekal berterusan sekiranya tiada tidakan diambil selain daripada menasihati pengguna untuk membalut motorsikal sebelum membuat penghantaran tetapi kaedah ini masih tidak mampu untuk menjamin bahawa motorsikal selamat sampai ke destinasi sepertimana keadaan sebelum dihantar.

Terima kasih.

Other articles you might like;

9 comments… add one
  • adib. December 1, 2008, 5:39 pm

    kalau aku tak baca artikel.aku akan kata yang hg rebah moto kes tibai lap…rupanya2 …servis nationwide yg tak begitu bagus….rugi laa duit..dah laa pos moto kena duit..moto sampai pon kena duit jugak….rugi byk o…

  • Adam December 1, 2008, 9:35 pm

    Haha.
    Ramai member aku kata aku jatuh tibai lap, ganas jugak aku yer tibai lap..

  • ima December 3, 2008, 12:09 am

    cian adam..
    sabar k =)

  • Adam December 3, 2008, 12:20 am

    Terima kasih kerana ada perasaan belas kasihan itu.

    Beginilah nasib. Mungkin sem depan guna khidmat Pos Laju pulak. Ada sapa pernah guna servis Pos Laju?

  • lina December 3, 2008, 2:16 pm

    alaaa kesian je. dh naseb ;p

  • Adam December 9, 2008, 12:42 pm

    @lina – thanks.

    # update : saya suda antar laporan ni kepada pihak Nationwide Express. sama-sama nantikan jawapan mereka.

  • farhana December 25, 2009, 2:25 pm

    hye….

    nationwide mmg mcm haram. saye pn dh trkena.

    teruk gler ar mto sye…. dh ar bru bli…

    calar kt motor sye same cm mto awk tp lg besar.

    sebesar tapak tangan n yg peliknye calar tu kt bahagian kepala motor saye… kt bawah display meter…

    mmg dorg handle brg customer cincai la kn mknenye……

    i’m gonna sue them. brani ar wat palat xnk bayar gantirugi mmg aku jumpe dorg kt court

    • Adam December 26, 2009, 11:23 am

      Haha. Cuba, saman mereka :) Nanti percentage boleh share disini jugak.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3