Tag: 135lc

  • Yamaha 135 LC Model Baru 2009

    Yamaha 135 LC Model Baru 2009

    Introducing the New Yamaha 135LC, equipped with a unique 135cc liquid-cooled engine for amazing power. Other revolutionary specifications include: a lighter forged piston for a smoother ride and a patented DiaSil cylinder for efficient heat diffusion. Turn up the style with its striking aerodynamic-shaped body and innovative 5 lamp front. Get equipped. Visit your nearest Yamaha showroom today. an unbeatable combination that makes the most sense.

    (more…)

  • Kecalar Balaran

    Kecalar Balaran

    PER: Aduan Perkhidmatan Kurier Nationwide Express

    Perkara diatas adalah dirujuk. Saya Adam Roeslani bin Roslan ingin membuat aduan tentang keadaan motorsikal saya selepas menggunakan perkhidmatan tuan. Untuk rujukan pihak tuan, saya menghantar motorsikal Yamaha 135 LC daripada Nationwide Melaka ke Nationwide Perlis pada 19 November 2008 dengan nombor rujukan XXXXXXX.

    Setelah motorsikal tersebut sampai ke Nationwide Perlis pada 25 November 2008, saya berasa amat berdukacita kerana terdapat kesan calar yang teruk di bahagian sisi kanan motorsikal saya. Kesan tersebut merupakan kesan calar yang kekal dan mencacatkan ‘coversuit’ motorsikal saya.

    Besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat mengambil perhatian yang serius tentang masalah pengendalian ini kerana ini bukanlah kali pertama saya menggunakan perkhidmatan pihak tuan dan masalah yang sama berlaku namun saya hanya bertindak untuk diam. Kejadian kali ini membuatkan saya hilang sabar daripada terus berdiam dan bertindak untuk membuat laporan.

    Apa yang saya harapkan daripada pihak tuan ialah memantapkan pengurusan pengendalian semasa proses transit dari Melaka ke HQ dan sebelum dibawa ke sini. Secara logiknya, memang keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana motorsikal dihantar menggunakan lori dan akan mengalami hentakan, tetapi pihak tuan boleh mengurangkan kesan calar atau rosak pada motorsikal sekiranya mengamalkan pengendalian yang cekap.

    Rasanya tiada masalah jika motorsikal diikat dengan tiang besi di dalam lori bagi mengelakkan motorsikal berlanggar antara satu sama lain jika berlakunya hentakan. Saya sendiri telah mempunyai pengalaman membawa sebuah motorsikal daripada Kedah ke Melaka dengan menggunakan lori, dan tiada kesan calar kerana motorsikal itu diikat dengan kemas. Mungkin cara operasi pihak tuan yang berbeza dengan pemahaman saya dan masalah ini tetap berlaku.

    Sekiranya benar pihak tuan telah meletakkan motorsikal dengan kemas di dalam lori, masakan kesan calar yang ‘dalam’ sepertimana yang berlaku kepada saya akan terjadi. Jika proses penghantaran bukan alasannya, mungkin pihak tuan perlu memastikan motorsikal yang ditransit di HQ dilayan dengan baik kerana saya membayar kepada pihak tuan untuk servis yang terbaik.

    Saya sebagai pengguna servis pihak tuan berasa amat kecewa kerana masalah ini kekal berterusan sekiranya tiada tidakan diambil selain daripada menasihati pengguna untuk membalut motorsikal sebelum membuat penghantaran tetapi kaedah ini masih tidak mampu untuk menjamin bahawa motorsikal selamat sampai ke destinasi sepertimana keadaan sebelum dihantar.

    Terima kasih.

  • Yamaha 135LC Extreme Spirit Milikku!

    Memperkenalkan Yamaha 135LC Extreme Spirit baru dengan klac tangan. Ia dilengkapi enjin 135cc, 4 injap penyejukan cecair yang unggul bagi memastikan kuasa sentiasa dalam genggaman anda. Dengan menggabungkan prestasi mengagumkan dan gaya menawan, kini Yamaha 135LC Extreme Spirit memberikan anda lebih pilihan untuk pecutan dan prestasi menyeluruh dan kuasa yang tiada bandingannya.

    Setelah agak lama ‘mengidamkan’ motor ini, akhirnya petang tadi aku berjaya menunggang motorsikal ini dengan penuh gaya. Kalau sebelum ini asyik memecut di sekitar Kangar dengan Yamaha Majesty 250, Yamaha 135LC Extreme Spirit ini pasti lebih gempak daripada biasa. Kenapa? Inilah motorsikal pertama yang aku miliki.

    My 135LC!

    Spesifikasi

    Overall length x width x height – 1,945 x 705 x 1,065 mm
    Seat Height – 770 mm
    Wheel base – 1,245 mm
    Minimum Ground Clearance – 140 mm
    Dry weight/Curb weight –
    105 kg
    Fuel oil capacity – 4.0 litres
    Clutch type – Multiple Disk, centrifugal automatic
    Transmission – 4-speed Rotating
    Brake front/rear – Single disc brake / Drum Brake

    Motor ni akan diposkan ke Melaka esok, untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi ketika berada di UiTM Melaka. So, kalau ada nampak motor Yamaha 135LC Extreme Spirit bernombor pendaftaran RH5775 tu, tegur la ya! :)