Seringkali setiap amalan yang kita lakukan terasa serba kekurangan dan tidak mendatangkan kepuasan jiwa, lebih-lebih lagi apabila melaksanakan ibadah-ibadah fardhu seperti solat lima waktu. Kemungkinan besar kita tak ambil perhatian tentang wudhuk kita. Bagaimanakah wudhuk kita boleh dikategorikan sebagai wudhuk yang sempurna?
Pertama, niat kita mengambil wuhduk adalah kerana Allah SWT. Setiap daripada siraman air yang mengenai anggota badan hendaklah disertakan dengan hati yang mengingati bahawa Allah SWT sedang melihat kita. InsyaAllah wudhuk kita akan memberi kesan menyeluruh untuk diri kita.
Kedua adalah berkaitan dengan kualiti dan kuantiti air yang digunakan. Pengunaan air yang mutlak lagi suci amatlah digalakkan. Kita juga ditegah untuk mengamalkan pembaziran air semasa berwudhukkerana perbuatan ini menghampiri perasaan was-was dalam ibadat yang mana golongan ini terbelit dengan tipu daya syaitan.
Ketiga, ambil berat tentang bisikan hati semasa mengambil wudhuk. Jangan amalkan mengambil wudhuk dan dalam masa yang sama hati membisikkan perkara yang tidak baik. Berikut dicadangkan beberapa ungkapan yang wajar dibisikkan di dalam hati agar hati benar-benar tenang dengan wudhuk.
1. Membasuh muka – “Ya Allah, bersihkanlah wajahku ini dengan Nur (cahaya) dan jauhilah ia daripada mendatangkan fitnah.”
2. Mambasuh tangan – “Ya Allah, perihalalah kedua-dua tangan kanan dan kiriku ini. Tetapkanlah kedua-duanya dalam membuat kebajikan dan jauhilah kedua-duanya daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.”
3. Hujung rambut – “Ya Allah, permudahkanlah rohku keluar dari ubun-ubunku.”
4. Membasuh telinga – “Ya Allah, peliharalah kedua-dua telinga kanna dan kiriku. Dengarkan ia dengan ayat-ayat dan peringatan-peringatanMu. Cegahlah ia daripada mendengar perkara maksiat dan mungkar.”
5. Membasuh kaki – “Ya Allah, peliharalah kedua-dua telinga kanan dan kiriku. Bawalah ia ke tempat-tempat yang mulia dan jangan bawakan ia ke tempat-tempat yang maksiat.
Akhiri wudhuk dengan membaca doa selepas mengambil wudhuk. Wallahu a’lam. Semoga apa yang kita baca ni dapat kita amalkan dan sampaikan kepada rakan-rakan yang lain untuk kebaikan bersama. Insya-Allah.
Other articles you might like;