≡ Menu

Crocs

Salam. Sejak Sabtu lepas, Adam berada di Cheras kerana minggu ini adalah ‘Study Week’ kepada kami pelajar UiTM seluruh Malaysia. Minggu ini juga Umi dan Hawa datang dari Perlis untuk bersama Amira. Adam membawa Umi dari hotel penginapan ke Cyberjaya. Selepas menghantar mereka ke Cyberjaya, Adam singgah sebentar ke Mutiara Damansara untuk berjumpa dengan Pak Tam. Dia mengirimkan sebuah laptop untuk diservis. Biasalah, format dan cleankan virus. Yang menariknya, Adam dihadiahkan sepasang Crocs Athens oleh Pak Tam. Hadiah ke-20 tahun katanya. Terima kasih tau. Sebelum ni ada jugak mengidam nak sarungkan kaki dengan sandal Crocs, tapi bajet tinggi sangat.

Bercerita tentang Crocs, diasaskan oleh George B. Boedecker, Jr pada Julai 2002, mulanya merupakan selipar (kasut atau sandal) untuk aktiviti sukan air kerana sifatnya yang tidak gelincir. Pada tahun 2003, jenama ini telah menjadi popular dan menjadi jenama fesyen dan keselesaan. Selepas daripada itu, jenama Crocs telah mendapat tempat kepada seluruh pengguna di seluruh dunia. Crocs yang beribu pejabat di Kanada mempunyai kilang pembuatan kasutnya di seluruh dunia seperti di Itali, Mexico, China, Brazil, Vietnam, Bosnia, dan Romania.

Mari, Adam kongsikan beberapa trivia tentang Crocs ini.

  • Crocs adalah kependekan kepada Crocodile (Bahasa Malaysia: buaya), yang mempunyai kekuatan di air dan darat berbanding haiwan pemangsa lain. Mereka membayangkan Crocs adalah segagah dan sekebal buaya.
  • Bahan asas Crocs ialah ethylene vinyl acetate atau dikenali sebagai Croslite. Bahan ini bukan seperti getah atau plastik yang mana ia tidak menyerap air, anti-bakteria dan kulat dan juga tiada toksin.
  • Crocs memegang empat patent yang meliputi semua produk kasutnya; U.S. Patent No. 6993858 B2 diisu pada 7 Februari 2006, dan U.S. Patent Nos. D517788,, D517789 dan D517790 diissu pada 28 Mac 2006.
  • Crocs telah mengeluarkan lebih 70 rekabentuk kasut seperti alice, athens, baja, off road, islander, malindi, prima dan sobek yang mana untuk golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak.
  • Di Malaysia, terdapt 15 buah kedai konsep Crocs di pusat membeli belah utama seluruh Malaysia seperti Jusco 1 Utama, East Coast Mall Kuantan, Mid Valley Megamall dan Queensbay Mall Penang.

Rasanya itu sahaja untuk posting kali ini. Gambar hiasan di atas adalah hasil petikan kamera oleh Saudara Bugis di Crocs Mid Valley. Selepas gambar berjaya ditangkap, dia ditegur oleh salesman Crocs yang melarang mengambil gambar di dalam permis.

Other articles you might like;

15 comments… add one
  • hydir April 14, 2009, 3:07 pm

    hoho .. aku biasanya pakai jenama Bata aja
    kasut pakai caterpillar .. suka pakai boot :)

    tp nampak comel lak kasut tu ..sesuai utk si kecil

  • Mr x7 April 14, 2009, 9:38 pm

    aku rembat sliper kt masjid je. perghh.. bpk jahat aku ni rembat kt tempat baik. haha..

    dorang amik gambar je ke? x beli. ke dorg bagi ko gambar je? sedih gile.

    hydir, “sesuai utk budak kecik” x leh bla. haha..

  • aliya azizan April 14, 2009, 9:43 pm

    crocs is the best =) mine is alice

  • Adam April 14, 2009, 9:43 pm

    @hydir – Bata pun kasut luar jugak, Czechoslovakia kalau tak silap. Boot CAT pun mahal jugak kan. Tahap safety tinggi.

    @Mr x7 – Gambar tu sekadar hiasan untuk posting aja. Nak tangkap gambar kasut, takda kamera so pakai gambar stok aja.

    Heh, orang tua pun minat pakai. Tidak terhad kepada sebarang peringkat umur :)

  • Adam April 14, 2009, 9:45 pm

    @Aliya – Best semestinya, tapi mahal sangat kan. Kalau takda orang bagi ni, tak merasa la nak sarungkan di kaki :)

  • milsum April 15, 2009, 12:48 am

    ooo….
    crocs ni jenama selipar rupenyer yer…
    nape la aku tak tahu psal ni.ish is ish…

    Time kasih adam sbb membuatkan aku tau.. :)
    hehehe…

  • Adry April 15, 2009, 1:01 am

    owh… aku tak pernah lagi pakai crocs ni.. huhu

  • menteil April 15, 2009, 2:14 am

    kat uptown 10 hengget je kasut nie.. haha…

  • loq April 15, 2009, 3:59 am

    jalan2 sekitar rumah gune selipar jamban sudah
    kat luar baru pakai kasut
    hehe

  • Adam April 15, 2009, 11:15 am

    @Milsum – Hehe. Takkan taktau langsung kot? Semalam time aku berjalan kan OU, aku ada jumpa lagi satu jenis selipar yang harganya mencecah RM200. Entah apa function selipar tu sampai RM200 harganya.

    @Adry – Aku pun sebelum ni tak pernah, tapi sekarang baru merasa.

    @Menteil – Kasut Bata RM5 pun ada. Hehe. Sama aja bentuknya.

    @Loq – Sebenarnya takda sapa tengok pun kita keluar pakai selipar brang apa kan. Kepuasan diri sendiri ada kot. Haha.

  • kenwooi April 15, 2009, 6:36 pm

    crocs shoes looks weird to me.. lol

  • hazman aka species1980 April 15, 2009, 7:24 pm

    mula aku tengok design sandal nie ….gaya macam selipar tido jee….

  • Adam April 15, 2009, 7:31 pm

    @kenwooi – Hehe. But easy and simple!

    @hazman – First time aku nampak orang pakai sandal ni ialah Cikgu Matematik Moden aku. Kami siap gelak-gelak lagi bila tengok dia lalu kat luar kelas. Haha.

  • chupa chups April 17, 2009, 2:56 am

    adam,pink laaaa….hahaha

  • Adam April 17, 2009, 7:00 pm

    chupa chups: adam,pink laaaa….hahaha

    Pink tu sekadar hiasan ;)

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3