Salam. Terasa nak berkongsi cerita tentang satu perkara. Ceritanya pasal sejarah Adam dalam blogging ni. Tadi, sebelum tertulisnya catatan ini Adam terjenguk ke HappyCake.org milik Saudara Khalil. Masih berdiri teguh blognya dengan design yang cool hasil rekaan seorang bakal arkitek.
Sebenarnya Adam sudah mula berblogging secara rasmi sejak 17 April 2003. Boleh rujuk sini untuk archive di Pitas.com, blog hoster pertama Adam. Kalau benar begitu, tanggal pada tarikh 17 April 2009 menjadikan Adam sudah 6 tahun berblogging di Internet. Tempoh itu bukanlah persoalannya, tetapi cukup sekadar untuk catatan peribadi. ;-) Adam ingat, masa di tingkatan dua dengan AdamSite kemudian xter.tk dan kini barulah Adam’s Playground. Kini, Adam’s Playground sudahpun mempunyai domain sendiri di www.adamroslan.com.
Ada orang tanya kenapa perlu berblog tentang cerita peribadi dan tidak seperti blog gossip artis atau sebagainya? Menulis untuk orang lain atau menyiarkan unsur-unsur nasihat di sini? Adam rasa cukuplah dengan lambakan laman gossip di Internet ini dan Adam tidak akan terikut-ikut dengan mereka. Tidakkah laman web seperti itu akan menerima lebih kunjugan untuk trafik? Jawapannya ya, kehendak memang ada tapi beberapa faktor menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Mungkin suatu hari nanti.
Di sini juga Adam berkongsi pengalaman hidup. Walaupun tidak sehebat kehidupan seorang blogger yang mampu meraih pendapan berjuta daripada kerja-kerja di Internet, Adam juga berusaha untuk ke arah itu. Adam masih lagi dalam fasa ‘mengenal hidup’ dan cabaran hidup yang sentiasa mendatang akan dicoretkan di sini untuk simpanan atau bacaan pengunjung. Nak bercerita jutawan seperti Saiful Nang, siapa pula Adam ni; nak bercerita soal keagamaan seperti Dr. Asri, cetek ilmu pula — baik diam dan cerita tentang kehidupan sudah. Cerita tentang hobi dan minat Adam dalam fotografi, radio amatur, berjalan-jalan berpengakapan atau DMC yang Adam sayangi ;-)
Iklan yang serabut? Sebelum ini Adam jarang sekali meletakkan iklan di laman blog ini kecuali di sidebar. Tetapi dalam tempoh eksprimentasi ini, banyak pula iklan-iklan diletakkan. Sekadar untuk memerhati aktiviti pengguna mungkin. Tidak dinafikan selepas beberapa kali menukar domain, trafik ke laman web ini semakin kurang dan kini Adam berusaha untuk mengembalikan trafik ke sini. Kalau sebelum ni pun sekadar syok sendiri sebab ada blog, lepas ni pun buat apa yang patut sudah la kan — jangan menonjol sangat. :D Kalau tengok, sebelum ni pun Adam jarang buat blog walking seperti sekarang ni yang tiba-tiba rajin untuk berjalan menziarah rakan bloggers yang lain. Cari trafik konon. Blog pun dah serabut dengan beberapa placement iklan dan plugin yang baru. Haha.
Kalau tengok trend blogging sekarang ni dah berlainan dengan sebelum ni. Kalau sebelum ni blog dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan — tak dinafikan Adam pun buat — kini blog dijadikan sebagai medium sebaran maklumat. Iya, trend blogging dah berubah. Itu dari segi fungsi. Menteil cakap gadis 10 tahun, submit blognya di Ntahla.net. Memang trend la kan? Kanak-kanak sudah pandai berblog. Adik Adam yang tingkatan 1 pun ada blog. Lagi satu yang bestnya Adam tengok ada saja pertandingan yang dianjurkan oleh blogger. Paling best apabila Mohd Ismail tawarkan iPod Shuffle 1GB untuk pembacanya. Lagi? Teka Tangan Peanut oleh Cik Peanut dan juga Contest untuk Pembaca oleh Shafie.biz. Itu baru pertandingan, tak lagi tengok award untuk blogger tercantik, tercomel, bergaya, dan lain-lain. Adam tak nafikan semua ini adalah untuk menarik minat bloggers dan mengembangkan rangkaian bloggers di Malaysia.
Antara personal bloggers yang berjaya setakat ini daripada pemerhatian Adam ialah MohdIsmail dan Khai, secara peribadinya Adam amat mengagumi mereka termasuk dari segi teknik penulisan dan pengaruh yang kuat. Bila masuk bab Internet Marketing, sudah pasti ramai akan menuding jari kepada Saifulsham dan Sifu IM yang lain. Mereka ialah idol dalam blogging, mungkin.
Jadi sebagai pengakhir kalam, walau apa yang terjadi selagi Adam termampu untuk membuat coretan di sini, Adam pasti akan sentiasa membuat posting-posting ‘panas’ di sini. Adam amat mengalu-alukan rakan yang ingin membuat tukaran pautan atau membuat request tutorial atau media file, insya Allah Adam akan tunaikan sekiranya berpeluang.
P/S – Slow Shutter pada 30″ dengan Canon EOS 450D. Hari ini teringat kenangan semalam dengannya di One Utama. Terkenang… Mahu bercinta?
Other articles you might like;
perghh.. 2003, lama gila ko da m’blogging ni.
nak buat site psl hiburan kene alert cpat. kang mende da 4-5 bulan baru kite tau psl tu baru terhengeh-hengeh nk post.
iklan-iklan stakat ni aku tak letak lg, nk kurangkan lag utk load page. iklan sbnrnya leh beratkan page.
cam menteil ckp, blog walking kene tinggalkan jejak. stakat cahtbox, susah detect. komen entri org lebih berkesan. cam aku tgh buat skrg. haha..
bile plak ko nk start buat kontest, adiah penginapan ke jepun ke ok gak. hehe..
Hehe. Dulu bermula sebagai seorang yang tak tahu apa dalam Internet dan sekarang boleh la belajar daripada pengalaman lepas. Sepatutnya orang kata gaya penulisan hari ini mungkin lebih baik daripada dulu, tapi tak nampak pun perubahannya tu sekarang. Ada la something wrong di mana-mana tu :)
Betul tu, hiburan memang sentiasa alert kepada update untuk sentiasa menjadi yang pertama. Kalau berita dah basi siapa lagi nak tengok kan? Lagi satu, rakyat Malaysia lebih sukakan hiburan berbanding perkara ilmiah, jadi perkara ini akan terus dan terus menjadi sambutan.
Betul lagi, iklan NN menggunakan Java dan penggunaan java agak menjadikan laman web lebih berat untuk diloading. Tambahan apabila diletakkan di header sana.
Lagi lagi betul, jejak kita dianggap sebagai penghargaan kepad si penulis. Selain itu, jejak melalui komen dan bukannya shoutbox akan meninggalkan kesan yang lama berbanding shoutbox. Satu budaya yang kita tak boleh nak ubah atau tinggalkan ialah MALAS. Iyalah, malas nak buat komen sebab kita nampak shoutbox tu lagi simple dan mudah. =)
Contest? Belum lagi kot. Kalau nak buat kena cari sponsorlah. Ada sapa-sapa sudi nak jadi sponsor? Voucher percutian ke Jepun untuk 2 orang kan..
kalau ke korea ok gak..cepat je aku join contest tu.. :-)
wow… dah 6 tahun… kira otai da ni… hehehe…. aku baru jerr start… maybe baru nak masuk 2 tahun… hehehe… itupun pernah berhenti dalam 6 bulan gitu dulu… skrg baru aktif balik…
wahh…lame nyer..
bagus2..
thanx bagi nasihat..
ia amat membantu sekali
:)
fuhhh.. dah poernah jgak buat web ek.. power2.. :P
Tempoh tak penting, yang penting kan pengalaman.
Sama-sama. Kita perlu saling menasihat. Jom try Panduan Cinta oleh Dr Cinta Richie ;)
Kecil-kecilan aja, untuk sara makan minum. Hehe.
Congrats!!!
tahap otai dah nie…
aku baru setahun lebih dengan blog..
dunia internet pulak baru 3 tahun secara serius..
sebelum nie pegi CC jer.. hehe..
Kalau tak silap aku, dah lama jugak la aku kenal ko ni Menteil, sejak aku belum dot Com lagi. Tapi sekarang ko dah maju yer. Tahniah. Aku still macamni — biasa-biasa aja. ;)
hooh. lame gak ko. sejak 2006. mase tu aku baru msk u. internet guna dota je. kah3
hai adam!
hahaha
lama kan kita dah blog. boleh kira veteran blogger dah ni.
salam bro adam
blog sy dah macam all in one
tak terhad kepada satu2 bahagian sahaja
jadi readers pon tak boring kan?
:D
alamak..otai gak ni…tak leh lawan